Kes SRC Dan 1MDB: Demi Keadilan Atau Demi Dendam

Kes SRC Dan 1MDB Demi Keadilan Atau Demi Dendam

Kes SRC Dan 1MDB: Demi Keadilan Atau Demi Dendam

 

Sikap sesetengah pihak yang secara berterusan mempersoalkan permohonan maaf DS Najib menimbulkan persoalan yang besar.

Mereka bukan setakat mempersoalkan permohonan maaf DS Najib, tetapi juga mempertikaikan keikhlasan DS Najib dalam meminta maaf.



Malah ada juga yang menuduh, kononnya ia dilakukan semata-mata supaya DS Najib boleh lepas dari kes 1MDB.

Tidak kurang juga yang persoalkan penerimaan baik Anwar Ibrahim atas permintaan maaf tersebut.

DS Najib sudah dihukum dalam kes SRC dan kini sedang menghitung hari untuk mengetahui keputusan mahkamah berkaitan kes 1MDB.

Tapi bagi mereka itu tidak mencukupi.



Mereka mahukan jaminan DS Najib akan terus terkurung dalam penjara dan kalau boleh hingga ke akhir hayat beliau.

Itu yang mereka mahu.

Persoalannya sekarang, selama ini adakah mereka benar-benar ikhlas dengan kebobrokan yang berlaku dalam 1MDB.

Adakah mereka benar-benar prihatian dengan kehilangan bilion ringgit duit negara yang telah dicuri dalam skandal 1MDB dan SRC?



Atau ia hanya digunakan untuk melempias dendam peribadi mereka terhadap DS Najib tanpa memperdulikan keadilan dan kedaulatan undang-undang?

Mengapa Hanya DS Najib Sahaja Yang Di Dakwa?

 

Dari perbicaraan kes SRC dan 1MDB, jelas terlihat ialah pegawai-pegawai Najib yang bersekongkol dengan Jho Low.

Ia termasuk pegawai Am Bank, Amhari, Nik Faisal dan Zeti menerima dana 1MDB terus terlepas tidak pernah didakwa.



Mereka terbukti mengambil rasuah tetapi tidak pernah didakwa.

Hanya yang didakwa dan dikambing hitamkan ialah DS Najib Razak.

Mengapa?

Sebab hanya DS Najib yang menjadi sasaran utama.



Tahun 2020 kecoh mengenai Zeti berhubung SD suami dan anaknya menerima lebih RM100 juta daripada Jho Low.

Ia bukti jelas Zeti, suami dan anaknya telah menerima wang rasuah.

Namun apa kesudahan kes itu?

Zeti sejak tahun 2020 menafikan perkara itu malah sehingga tahun 2023, sekalipun bukti-bukti jelas selainĀ pengesahan SPRM.



Zeti terus berkata beliau tiada pengetahuan tentang sebarang transaksi antara suami beliau, Tawfiq Ayman dan 1MDB.

Sebelum itu PDRM sendiriĀ mengesahkan skandal Zeti itu berdasarkan SD pengakuan suami dan anak-anak Zeti yang tular.

Ini cuma sebahagian kecil dari fakta kes SRC dan 1MDB yang banyak pihak terlepas pandang atau sengaja abaikan.

Timbangkanlah dengan menggunakan mata hati dan akal yang berpaksikan kepada Kedaulatan Undang Undang.

 

Kes SRC Dan 1MDB: Demi Keadilan Atau Demi Dendam

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Layari Laman Facebook:

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker