Api sukar padam sebab bahan mudah terbakar
Oleh – Syeikh Baran
Operasi pemadaman kebakaran sebuah pusat pengumpulan bahan kitar semula di Jalan Padang Tembak, di sini, memasuki hari kedua.
Kebakaran jam 6 petang semalam dan hingga kini api masih marak kerana pusat itu mengumpulkan bahan yang mudah terbakar antaranya getah, plastik dan Polyvinyl Chloride (PVC).
Ketua Zon 1 JBPM, Khairul Arifin Che Ramli, berkata apabila api terpadam, ia akan kembali marak kerana ada lapisan bawah masih berbara.
Seramai 40 pegawai dan anggota dari tiga Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pengkalan Chepa, Kota Bharu dan Pasir Tumboh bertungkus-lumus dalam operasi pemadaman.
Khairul Ariffin berkata, pihaknya tidak dapat memastikan bila operasi dapat ditamatkan dan mungkin akan menjangkau sehingga seminggu.
Menurutnya lagi, halangan yang dialami adalah dari segi bekalan air disebabkan tidak mencukupi serta tekanan rendah.
“Selain menggunakan air dari ‘water tanker’ kami, bantuan dari Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) turut diterima dan hampir 10 lori sudah dihantar.