Kecam insiden pengibaran bendera China di Teluk Intan, PAS pertahan Razman
PAS berdiri teguh dengan Ketua Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria dan lain-lain yang mengecam insiden pengibaran bendera China di Teluk Intan, baru-baru ini.
Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man dalam kenyataan berkata parti itu mengulangi gesaan agar kerajaan bertindak segera terhadap pihak terlibat.
“Sekali lagi PAS menggesa kerajaan bertindak segera terhadap pihak yang memulakan provokasi dan tindakan tidak patriotik serta mereka yang membela pihak berkenaan, bukan menyiasat mereka yang membuat laporan polis,” katanya.
Minggu lalu tular rakaman video sekumpulan individu mengibarkan bendera China semasa sambutan festival kebudayaan Guan Gong di Menara Condong, Teluk Intan.
Bagaimanapun, penganjur mengatakan kumpulan berkenaan merupakan warga China dan bukan penduduk Malaysia.
Susulan itu, kira-kira 300 individu berkumpul sambil mengibarkan bendera Jalur Gemilang di lokasi yang sama semalam.
Razman yang berucap dalam perhimpunan itu membidas kerajaan kerana didakwa gagal mempertahankan kedaulatan negara.
Dalam masa yang sama, dia juga menyeru individu yang memiliki “mata, kulit dan darah yang sama” supaya bersatu.
“Kita mohon kepada semua yang matanya macam ni (sambil tunjuk mata), kulit dia macam ni (tunjuk kulit), darah dia macam kita semua, kita kena bersatu, inilah wadahnya yang kita bawa,” kata Razman.
Kenyataan itu mengundang kecaman beberapa pihak, termasuk Pemuda DAP yang menyifatkan ucapan Razman berbaur perkauman dan hasutan.
Ketua Polis Perak, Azizi Mat Aris hari ini berkata pihak polis sedang menyiasat perhimpunan itu di bawah Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012, dan perintah untuk siasat (OTI) akan dipohon bagi tujuan siasatan lanjut.
Sementara itu, Tuan Ibrahim dalam kenyataannya berkata pelbagai insiden yang berlaku kebelakangan ini mencetuskan rasa kurang senang rakyat Malaysia khususnya orang Melayu.
“Bermula dengan insiden sembilan institusi pendidikan Cina yang menolak inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk menyelaraskan silibus Bahasa Melayu di sekolah rendah vernakular, lawatan tentera China ke sekolah di Pulau Pinang, kini muncul pula insiden mengibar bendera negara China di Perak.
“Rasa marah dan kurang selesa rakyat bertambah dengan sikap pimpinan DAP yang pantas membela serta tindakan kerajaan yang agak berlembut terhadap isu-isu ini.
“Atas apa alasan sekalipun, kerajaan Madani mesti membendung situasi ini dengan mengambil tindakan segera kepada penganjur,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Najib mohon maaf kerana 1MDB ketika ramai pesalah sebenar masih bebas
- Luahan Hati DS Najib Melalui Sidang Media Datuk Nizar
- Pastikan Tiada Cikgu Din Seterusnya Yang Menjadi Mangsa Kerenah Birokrasi
- Mungkin Hasbie Perlu Tanya Wan Saiful Sebelum Serang KP UMNO
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Mohon maaf Najib yang di “Spin” oleh banyak pihak
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Hadi Dan Muhyiddin Selalu Ponteng, Wan Fahysal Tak Berangkah?
- Mudahnya Fadhli Shaari Lupa Tanggungjawab Sebagai Pembangkang
- Untuk Pengetahuan Wan Saiful, Kluster Jana Wibawa Adalah Golongan Maha Kaya
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tuan Ibrahim dan anggota pembangkang lain perlu tingkatkan kualiti soalan.
- Tuan Ibrahim Sindir Warga PASTI?
- Mantan Ketua Hakim Negara Beri Teguran Keras Kepada Dr MAZA
Ternyata Dasar BR1M Yang Di Pelopori Najib Adalah Formula Terbaik
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kehadiran Wan Ahmad Fayshal jadi isu di Parlimen
- Sepatutnya Siti Zailah Sudah Lama Sebak
- Eloklah Wan Fahysal Tidak Di Benarkan Berada Dalam Dewan Rakyat
Hujah Pra Matang Najib Haters Mengenai Pindaan Tahanan Rumah
You must be logged in to post a comment.