Pekerja kedai makan cedera ditetak sekumpulan lelaki berparang

Oleh – Syeikh Baran

Pekerja kedai makan cedera ditetak sekumpulan lelaki berparang

Seorang pekerja kedai makan cedera ditetak sekumpulan lelaki bertopeng yang bersenjatakan parang di sebuah premis perniagaan di Sempalit dekat sini tengah malam semalam.



Menerusi kamera litar tertutup (CCTV) kedai berkenaan, kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 12 tengah malam ketika mangsa yang berumur 28 tahun sedang mengemas kedai.

Rakaman video berdurasi 59 saat yang tular itu menunjukkan pekerja terbabit tiba-tiba diserang sekumpulan enam lelaki yang keluar dari sebuah kereta yang diparkir di hadapan kedai.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Raub, Superintendan Mohd Shahril Abdul Rahman berkata, akibat kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan luka sepanjang enam inci di bahagian lengan kanan dan telah menerima rawatan di Hospital Raub.

Menurutnya, motif kejadian masih dalam siasatan dan pihak polis kini giat mengesan kesemua suspek.



“Hasil soal siasat pada mangsa menyatakan dia tiada musuh, tidak mengenali suspek serta tidak tahu motif serangan berkenaan.

“Selain itu kita juga akan menjalankan siasatan terhadap pemilik kedai makan terbabit bagi mengenal pasti motif serangan dan kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan “ ujarnya.

Tambahnya, individu yang mempunyai maklumat berhubung kejadian ini diminta untuk menghubungi IPD Raub di talian 093552222 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker