Dewan Rakyat: KPT kaji Akta 605 pastikan kebebasan bersuara di universiti awam

Oleh – Syeikh Baran

Dewan Rakyat: KPT kaji Akta 605 pastikan kebebasan bersuara di universiti awam

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan mengkaji semula Akta Badan-Badan Berkanun Tatatertib dan Surcaj 2000 (Akta 605) bagi memastikan kebebasan bersuara di universiti awam.



Menterinya, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, langkah itu bertujuan membolehkan universiti sebagai pusat menggembleng pemikiran untuk kemajuan negara tidak terkongkong untuk menyampaikan pandangan.

“Saya sedang mencuba perkara ini bagi membolehkan supaya iklim dalam universiti tidak terkongkong dengan ketakutan untuk menyampaikan pandangan mereka.

“Tetapi dengan syarat dalam tradisi keintelektualan, seorang yang bercakap tidak merapu tanpa fakta dengan teori yang bukan-bukan,” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan, Datuk Seri Saifuddin Abdullah (PN-Indera Mahkota) mengenai larangan yang dibuat oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) terhadap kakitangannya membuat kenyataan awam.

UKM baru-baru ini bagaimanapun menafikan pihaknya menghalang kebebasan mana-mana warga akademik dan petugas untuk mengeluarkan sebarang kenyataan sama ada secara lisan atau bertulis termasuk di media sosial.



Terdahulu, Zambry berkata, pihak universiti yang keliru terhadap arahan tertentu berkaitan badan berkanun diminta supaya merujuk kepada KPT.

Ujar belau, dalam konteks universiti awam tidak terlibat pekeliling secara awam yang diberikan yang dikategori sebagai badan berkanun.

“Persoalannya, bagaimana pengurusan universiti mengambil perhatian terhadap setiap arahan atau peringatan yang diberikan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

“Lantaran itu antara langkah yang telah saya ambil untuk pastikan supaya sebarang arahan itu tidak hanya ditafsirkan sehala. Lebih lagi dalam konteks universiti iaitu setiap arahan tidak boleh dianggap hanya semata-mata boleh dilaksanakan di semua peringkat,” katanya.



Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker