108 pelanggan cirit-birit, muntah makan ayam tanduri

Oleh – Syeikh Baran

108 pelanggan cirit-birit, muntah makan ayam tanduri

Sebuah restoran di Pengkalan Chepa di sini diarah tutup selepas dipercayai menyebabkan seramai 108 individu mengalami gejala keracunan makanan selepas memakan hidangan ayam tanduri di premis tersebut pada minggu lalu.



Kejadian berlaku pada 17 Oktober lalu selepas kesemua mangsa yang terlibat memakan hidangan tersebut pada hari berkenaan.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK), Datuk Dr. Zaini Hussin berkata, kejadian keracunan makanan yang berlaku di premis tersebut diisytiharkan dua hari selepas kesemua mangsa makan di restoran berkenaan.

Menurutnya, sebanyak 108 kes mangsa yang terlibat dikesan dengan gejala-gejala seperti cirit-birit, sakit perut, demam, pening, dan muntah sehingga hari ini.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 18 kes telah dimasukkan ke wad di Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini dan beberapa hospital swasta. Sembilan kes telah dibenarkan keluar wad manakala sembilan lagi masih dalam rawatan.

“Selain itu, sebanyak 50 kes dirawat sebagai pesakit luar dan 40 kes lagi tidak mendapatkan rawatan. Kesemua mangsa yang terlibat berada dalam keadaan stabil dan tiada kematian dilaporkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.



Zaini memberitahu, kes keracunan makanan di premis itu merupakan kejadian berulang apabila episod pertama berlaku pada Januari lalu.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker