Mantan Ketua Hakim Negara Beri Teguran Keras Kepada Dr MAZA

Bekas Ketua Hakim Negara Beri Teguran Keras Kepada Dr MAZA

Mantan Ketua Hakim Negara Beri Teguran Keras Kepada Dr MAZA

 

Mantan Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad memberikan teguran keras kepada Mufti Perlis, Dr MAZA berkaitan RUU Mufti Wilayah Persekutuan.

Abdul Hamid menegur tindakan Dr MAZA yang mencabar Menteri Agama, Dr Naim agar berdebat secara terbuka dengan beliau berkaitan perkara tersebut.



“Itu bukan cara berhujah ilmiah.”

“Hujah ilmiah hendaklah tertumpu kepada alasan-alasan yang menguatkan atau melemahkan sesuatu pendapat mengenai isu yang dibincangkan.”

“Bukan dengan menyerang peribadi orang berkenaan dan membuat tuduhan liar terhadapnya.”

“Ia jelas menunjukkan beliau hendak memperbodohkan Menteri Agama di khalayak ramai.”



“Bukan untuk mengemukakan pendapat dan hujah beiau untuk dipertimbangkan oleh kerajaan.”

“Dialog ini tiada bezanya dengan perbahasan bertujuan mencari siapa menang.”

“Bukan untuk berbincang dengan fikiran terbuka, mendengar pandangan dan hujah-hujah sebelah lagi.”

“Menimbang dengan saksama dan membuat keputusan yang adil tanpa mengira menang-kalah.”



“Adakah setiap kali seorang menteri hendak membentangkan satu rang undang-undang.”

“Beliau perlu membuktikan kepada pakar-pakar dalam bidang berkenaan bahawa beliau lebih faham mengenainya daripada orang lain?.”

“Katakanlah apa yang disebut dalam tafsiran itu patut dijadikan syarat pelantikan Mufti dan Timbalan Mufti.”

“Dari segi gubalan, patutkah ia disebut dalam undang-undang?”



“Dalam menggubal undang-undang, kita perlu waspada.”

“Supaya tidak berkata terlalu banyak, nanti kita akan terjerat dengan perkataan kita sendiri.”

“Yang penting adalah mencari keputusan yang adil dan terbaik.”

“Dialog yang dicadangkan oleh Mufti Perlis itu semestinya tidak akan menghasilkan keputusan yang terbaik dalam perkara ini.”



“Ia tidak akan mengubah apa-apa.”

“Kedua pihak akan mempertahankan pendirian masing-masing kerana takut kalah,” tegas Tun Abdul Hamid.

Beliau menegaskan, RUU Mufti itu bukanlah sesuatu yang baru dan radikal.

Kebanyakan peruntukannya telah menjadi amalan sekian lama tanpa menimbulkan apa-apa bantahan.



Memadailah sekadar disebut ‘Ahli Sunah Waljamaah tanpa memberi tafsirannya.

 

Mantan Ketua Hakim Negara Beri Teguran Keras Kepada Dr MAZA

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Layari Laman Facebook:

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker