Hujah Pra Matang Najib Haters Mengenai Pindaan Tahanan Rumah

Hujah Pra Matang Najib Haters Mengenai Pindaan Tahanan Rumah

Hujah Pra Matang Najib Haters Mengenai Pindaan Tahanan Rumah

 

Walau pun tidak dibacakan ketika pembentangan Belanjawan 2025, tetapi dimaklumkan kerajaan bercadang untuk meminda Akta Tahanan Rumah.

Matlamat kerajaan adalah untuk menjimatkan belanja pengurusan banduan yang kini sudah melebihi kapasiti sebenar Jabatan Penjara Melaysia.



Menurut Jabatan Penjara Malaysia, jumlah maksima yang boleh diterima adalah kira-kira 65,762 orang banduan.

Sedangkan jumlah banduan yang kini berada dalam tahanan Jabatan Penjara Malaysia adalah seramai 78,236 orang.

Dalam artikata lain, Jabatan Penjara Malaysia kini mengalami lebihan tahanan seramai 6,675 atau 10.15% lebihan orang banduan.

Ini sudah pasti akan menyebabkan kesesakan tahanan di dalam penjara.



Lebih dari itu, lebihan jumlah tahanan itu pasti akan menjejaskan program pemulihan yang dijalankan oleh Jabatan Penjara Malaysia.

Itu tidak termasuk lebihan perbelanjaan pengurusan banduan yang terpaksa ditanggung.

Menurut Jabatan Penjara Malaysia, kos pengurusan bagi seorang banduan adalah sebanyak RM50 sehari.

Mengambil kira dari faktor-faktor yang dinyatakan, maka kerajaan mengambil keputusan untuk menggubak Akta Tahanan Rumah.



Dijangkakan, apabila akta tersebut berkuatkuasa, kira-kira 20,000 orang banduan akan layak dipertimbangkan.

Tanpa melihat usaha tersebut secara menyeluruh, terdengar suara-suara sumbang yang tampil dengan hujah yang pra-matang.

Mereka menuduh tujuan tersembunyi kerajaan mahu menggubal Akta Tahanan Rumah adalah untuk memberikan peluang kepada DS Najib keluar dari penjara.

Dakwa mereka, ianya adalah sebagai pemudah cara untuk DS Najib menjalani hukuman penjara di rumah.



Penulis tidak faham, apa sebenarnya yang berada di fikiran Najib Haters.

Tidakkah mereka terfikir, untuk mengeluarkan DS Najib dari penjara, kerajaan tidak perlu menggubal Akta Tahanan Rumah.

Cukup dengan kerajaan menyempurnakan Titah Adendum YDP Agong yang menitahkan supaya DS Najib diberikan tahanan rumah.

Kita tidak faham, apa dosa yang telah DS Najib lakukan kepada mereka sehingga setiap kesempatan yang ada, mereka akan menggunakannya.



Jawablah dengan jujur yang berpaksikan kepada fakta yang ada, layakkah DS Najib berada di penjara?

 

Hujah Pra Matang Najib Haters Mengenai Pindaan Tahanan Rumah

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 



Layari Laman Facebook:

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker