Lelaki paksa budak buat perkara tak senonoh didenda

Oleh – Syeikh Baran

Lelaki paksa budak buat perkara tak senonoh didenda

Pengawal keselamatan dihukum denda RM7,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru di sini hari ini, atas pertuduhan melakukan kekerasan jenayah terhadap seorang kanak-kanak perempuan, tiga tahun lalu.



Tertuduh, Yusri Jaafar, 46, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan pilihan dibacakan di hadapan Hakim Siti Noraida Sulaiman.

Mengikut kertas pertuduhan itu, Yusri didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap kanak-kanak perempuan yang ketika itu berusia tujuh tahun.
 

Perbuatan itu didakwa dilakukan kira-kira pukul 12 tengah hari sehingga dua petang di sebuah rumah dekat Pasir Gudang di sini, pada 15 Februari 2021.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 354 kanun keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara boleh sampai 10 tahun atau dengan denda atau dengan sebat atau dengan mana-mana dua daripada hukuman itu, jika disabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Farah Wahida Shahudin, manakala tertuduh diwakili peguam Jamian Dolah.



Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker