Apa motif Shamsul yang sebenarnya?
Apa motif Shamsul yang sebenarnya?
Baru-baru ini Shamsul Iskandar Md Akin membuat dakwaan serius yang boleh menjatuhkan maruah dan integriti Zahid sebagai institusi Presiden UMNO.
Apa motif Shamsul yang sebenarnya?
Shamsul mendakwa bahawa beliau diarahkan oleh Anwar Ibrahim pada PRU lepas supaya tidak menuntut pengiraan semula kertas undi di Bagan Datuk.
Shamsul mendakwa pihaknya memperolehi lebihan undi mengatasi Zahid sebelum Presiden UMNO itu diisytiharkan sebagai pemenang dengan majoriti tipis.
Ekoran daripada itu, Nurulhidayah mengkritik Shamsul kerana mengeluarkan sesuatu kenyataan yang tidak sepatutnya didedahkan kepada umum.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mat Sabu Beri Bayangan Harga Siling Beras Akan di Naikkan
- Ada Pihak Cuba Jejaki Rumah Perlindungan Kanak Kanak GISBH
Malah kenyataan itu juga dipercayai boleh mengancam kestabilan politik Kerajaan Perpaduan.
Adakah Anwar menyokong Shamsul mendedahkan perkara ini?
Jika benar sekalipun perkara ini tidak wajar diberitahu kepada umum.
Anwar didakwa mengarah calon parti PKR supaya tidak meneruskan proses perkiraan semula.
Perkara ini merupakan satu pendedahan yang serius.
Menerusi temu bual bersama sebuah podcast baru-baru ini, Shamsul menceritakan bagaimana Anwar memanggilnya pada malam pilihan raya April 2018.@
DISYORKAN UNTUK ANDA :
Anwar didakwa mengarahkannya tidak menuntut pengiraan semula kertas undi di Bagan Datuk.
Langkah ini dibuat supaya Zahid diisytiharkan sebagai pemenang dengan hanya 348 undi.
Shamsul berkata, beliau ketika itu bersemangat untuk meneruskan perjuangan dan mahu menuntut pengiraan semula kertas undi disebabkan terdapat hampir 800 undi rosak.
Bagaimanapun, Shamsul berkata, Anwar tidak mengambil pendirian yang sama dengan perancangannya.
“Anwar telefon, dia kata, Okay saya kagum dengan anda punya kerja kuat di Bagan Datuk dan sebagainya. Tapi Sam, kita nak tubuh kerajaan. Zahid telah pun keluar surat tandatangan untuk menubuhkan kerajaan,” kata Shamsul.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Lagi 2 Safehouse Milik Raja Pasir Selangor Di Serbu
- Tok Mat Hasan: Kehadiran Kapal Perang China Atas Kebenaran Kementerian Pertahanan
- GISBH Kecam Sidang Media Tun Faizal
`
Shamsul berkata, beliau menerima kekalahan tipisnya di Bagan Datuk kerana mahu meletakkan parti mengatasi dirinya.`
“Macam saya sebutkan tadi, dalam peperangan tak boleh ada dua general. Arahan jeneral, ikut.
“Mestilah sedih. Kita dah kerja kuat dan beri segala-galanya. Kita mahu meraih kemenangan peribadi kita, betul tak?” Ujarnya.
Zahid memainkan peranan penting memastikan Anwar dapat memenuhi cita-citanya menjadi Perdana Menteri dengan membawa 30 Ahli Parlimen BN menyokong pemimpin PKR itu selepas keputusan tergantung pada PRU15 lepas.
Gara-gara pendedahan itu, Shamsul diserang Nurulhidayah, yang menyifatkan kenyataannya “bodoh” dan perbuatan “halusinasi,” manakala Azalina Othman Said menegurnya kerana mempersoalkan kemenangan Zahid.
“Shamsul seharusnya berjiwa besar dengan menerima keputusan tersebut dan menggunakan saluran Suruhanjaya Pilihan Raya untuk mengemukakan bantahan sebagai gambaran komitmen terhadap integriti dan profesionalisme politik,” kata Azalina.
Mengapa cuma jawatan setiausaha?
Jika benar Shamsul melakukan pengorbanan peribadi sedemikian dengan tidak menuntut pengiraan semula yang boleh membawa kepada kemenangannya, Anwar sepatutnya membalas jasa beliau.
Shamsul perlu berhak mendapat layanan sama dengan Farhash Wafa Salvador, yang dilantik sebagai pengerusi 7-Eleven Malaysia Holdings milik taikun Vincent Tan, di samping saham dan kepentingan dalam beberapa syarikat.
Pelantikan Farhash itu berlaku hanya lima minggu selepas Anwar dilantik Perdana Menteri.
Mahathir pernah melantik Shamsul sebagai Timbalan Nenteri di bawah kerajaan PH sebelum ini.
Kini Shamsul menjawat jawatan sebagai Setiausaha Politik kepada Anwar tidak dianggap hebat di Malaysia kerana Saifuddin Nasution Ismail diberikan jawatan Menteri Dalam Negeri, sedangkan dia tewas menerusi PRU lepas.
Sebenarnya pendedahan Shamsul itu mengesahkan pelbagai laporan mengenai pakatan sulit antara Anwar dan Zahid sudah lama dirancang sebelum PRU15 lagi.
Sebelum PRU-15, Hamzah Zainuddin pernah berkataz Anwar sengaja meletakkan Shamsul untuk melawan Zahid kerana mahu menamatkan karier Shamsul yang dilihat “orang Azmin.”
Azmin dipecat keahlian PKR pada tahun 2020.
Zahid pada Oktober 2020 pernah menghantar surat kepada Istana Negara bagi menyatakan sokongan kepada Anwar sebagai Perdana Menteri, dalam usaha menjatuhkan kerajaan Mahiaddin ketika wabak Covid-19 sedang melanda Malaysia dan dunia.
Pada April 2021, rakaman perbualan telefon bocor antara Anwar dan Zahid membongkar pakatan mereka untuk memastikan perwakilan UMNO di Perhimpunan Agung UMNO pada waktu itu bersetuju dengan usul memutuskan hubungan dengan BERSATU.
Perkara ini dilihat bercanggah dengan keputusan MKT UMNO untuk tidak bekerjasama dengan Anwar dan DAP dalam mana-mana pakatan politik akan datang.
Keceluparan Shamsul menyebabkan lebih ramai pemimpin UMNO tampil mengecamnya.
Perkara ini berlaku selepas Shamsul Iskandar mendakwa bahawa dia diarahkan untuk tidak mencabar kiraan semula undi yang menyaksikan dia kecundang kepada Zahid pada PRU 15.
Selain Nurulhidayah, Dr Akmal juga turut mengkritik pendedahan Shamsul yang dianggap sebagai kurang rasional – Zakaria Mohd.