Teruk Shamsul Iskandar kena hentam kerana nak jadi hero.

Teruk Shamsul Iskandar kena hentam kerana nak jadi hero.

Kenyataan yang dibuat oleh Shamsul Iskandar baru baru ini  pada satu sesi soal jawap nengundang banyak kritikan dan cemuhan.

Tidak dapat dipastikan sama ada Shamsul Iskandar sengaja atau tidak sengaja atau berniat atau tanpa niat menyatakan seolah olah beliau memberi lalauan kepada Presiden UMNO untuk menang pada pilihanraya ke15 yang lalu.



Shamsul memberi naratif seolah olah beliau sebenar nya boleh menang jika dikira semula jumlah undi kerana Datuk Ahmad Zahid Hamidi telah menang dengan jumlah yang sangat tipis pada kiraan yang dibuat.

Konon nya kerana telah menerima panggilan talipon dari Anwar Ibrahim sebagai “boss” nya supaya biarkan maka Shamsul telah tidak berbuat sedemikian.

Hal ini telah mengundang kritikan dan kecaman dari pelbagai pihak.

Kenyataan yang dibuat oleh Shamsul juga boleh dikatakan tidak perlu dan tidak kena pada masa dalam keadaan Kerajaan sedang mempromosi kesatuan dan keharmonian.



Kenyataan yang dibuat dianggap sekadar spekulasi sahaja kerana jika dikira semula undi pun belum tentu akan berubah kemenangan kepada Shamsul dan berkemungkinan akan lebih tipis atau bertambah lagi undi kepada Zahid.

Namun, kerosakan sudah pun berlaku sedikit.

Beberapa pihak telah respon kepada kenyataan Shamul antaranya Azalina Othman. Menteri Undang Undang.



“Saya ingin mengingatkan Datuk Seri Shamsul agar dapat memberikan tumpuan kepada kestabilan politik negara dan mengelakkan daripada sebarang kenyataan yang boleh mendatangkan kekeliruan kerana ia hanya akan mencetuskan spekulasi yang tidak wajar dan ini tentunya akan menimbulkan keraguan rakyat terhadap sistem demokrasi yang diamalkan oleh Malaysia,” – Azalina

Gambaran tidak baik tercetus kerana kenyataan yang dianggap “uncalled for” dari Shamsul.

Selain itu , Ahli MKT UMNO Dr uad Zarkashi turut membidas Shamsul.



Puad berkata :-

“Kalau pun dibuat kiraan semula , apa jaminan Shamsul akan menang” – Puad.

Kenyataan dibuat sekadar merosakan imejPMX sahaja kata Puad

Anak kepada Datuk Ahmad Zahid juga ada membuat kenyataan sebagai ahli UMNO , ia turut membidas cubaan jadi hero penyelamat oleh Shamsul disaat tidak perlu keluar kenyataan .



Walaupun kenyataan sudah tidak boleh ditarik semula dan Shamsul sudah pun dapat habuan nya menjadi Setiausaha Politik Anwar, namun semua pihak didalam komponen Kerajaan perpaduan seharus menjaga mulut dan kenyataan yang boleh merosakan kan keharmonian Kerajaan MADANI didalam keadaan musuh sentiasa mencari peluang dan ruang.

Kesemua pihak  harus bersikap matang dan tahu bahawa ada perkara yang tidak boleh dinyatakan.

Tiada guna nya sesiapa dapat jadi  hero jika seluruh komponen tumbang kerana tersilap cakap.



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker