Tawaran RM33,000 jika pulangkan iPhone hilang

Oleh – Syeikh Baran

Tawaran RM33,000 jika pulangkan iPhone hilang

Seorang lelaki menawarkan ganjaran sebanyak SG$10,000 (RM33,000) kepada individu yang memulangkan telefon bimbit iPhone milik isterinya yang hilang, lapor laman berita Stomp hari ini.



Dia membuat rayuan itu di Facebook dengan menyatakan bahawa iPhone 15 Pro Max berwarna putih tersebut hilang di dalam tandas pusat beli-belah Ion Orchard semalam.

Lelaki tersebut, Joseph Phua berkata, telefon bimbit itu menyimpan gambar keluarganya.

“Telefon itu mempunyai nilai sentimental yang besar buat kami.

“Telefon itu telah dikunci dari jauh dan nombor Identiti Peralatan Mudah Alih Antarabangsa (IMEI) telah dilaporkan kepada polis. 



“Jika percubaan dibuat untuk menjual telefon itu di mana-mana, polis akan dimaklumkan dan ia boleh  dikesan.” – AGENSI

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker