Pencuri larikan wang disimpan dalam bekas abu mayat

Oleh – Syeikh Baran

Pencuri larikan wang disimpan dalam bekas abu mayat

Penduduk menggesa polis agar segera menangkap pencuri yang melarikan wang  disimpan di dalam bekas abu mayat di empat buah tokong di rantau Isaan, dalam wilayah Buriram, lapor laman berita Thaiger hari ini.



Penduduk tempatan mendakwa bahawa wang itu dicuri untuk membeli dadah.

 

Salah seorang mangsa, Nittaya Saiyot, 71, membawa wartawan laman berita Daily News ke tempat kejadian di Tokong Sawai Tanguan semalam.

Terdapat banyak bekas abu mayat yang dipecahkan, menyebabkan sisanya bertaburan di atas tanah.

Menurut Nittaya, dia dan penduduk tempatan lain percaya bahawa pencuri itu ialah penagih yang mencuri wang untuk membeli dadah. 



Dia turut menggesa polis untuk menangkap pencuri secepat mungkin kerana tiada tindakan diambil setakat ini. – AGENSI

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker