Chegu Bard Bellringer Sebenar Skandal Pasir Selangor

Chegu Bard Bellringer Sebenar Skandal Pasir Selangor

Chegu Bard Bellringer Sebenar Skandal Pasir Selangor

 

Selain dari isu GISBH, isu yang paling panas berlegar di kalangan rakyat Malaysia adalah isu Raja Pasir Selangor.

Menurut SPRM, 3 lokasi telah di kenal pasti dijadikan sebagai safe house untuk menyimpan duit tunai milik Raja Pasir Selnagor hasil dari rasuah skandal pasir.



Rampasan duit tunai yang telah disita oleh pihak SPRM telah menjangkau RM5.5 juta.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki juga memaklumkan, pihak SPRM percaya masih ada duit rasuah tersebut di simpan dalam bentuk pelaburan.

Manakala sebahagian lagi di percayai telah di simpan di dalam beberapa akaun yang berada di dalam dan di luar negara.

Pihak SPRM sedang cuba menjejaki keseua duit tersebut yang berada di dalam dan di luar negara.



Manakala Raja Pasir Selangor yang juga seorang ahli politik akan dipanggil SPRM dalam masa terdekat selepas semua bukti diperolehi.

Laporan SPRM Oleh Chegu Bard

 

Sebenarnya skandal curi pasir Raja Pasir Selangor bukanlah sesuatu yang baru didedahkan.

Ianya telah didedahkan oleh Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegu Bard yang merupakan ahli PPBM sekarang ini.



Malah Chegu Bard sudah membuat laporan SPRM dengan menyerahkan semua dokumen berkaitan sejak tahun 2018 lagi.

Antara dokumen yang beliau serahkan adalah dokumen perjanjian, surat tawaran, gambar berkaitan dan dokumen transaksi bank.

Beliau mendakwa semua dokumen yang diserahkan kepada SPRM adalah berkaitan dengan skandal pasir Raja Pasir Selangor.

Chegu Bard turut menamakan empat individu yang dipercayai memalsukan surat kerajaan negeri, pelbagai agensi dan pihak berkuasa dalam kelulusan tender perlombongan pasir.



Beliau juga menggesa agar pihak SPRM segera melakukan siasatan.

Tetapi ketika itu, beliau adalah musuh politik kepada Raja Pasir Selangor.

Tambahan pula Raja Pasir Selangor ketika itu adalah orang yang mempunyai kuasa di Selangor dan di Putrajaya.

Jadi mungkin ketika itu SPRM menghadapi tekanan politik hingga menyebabkan siasatan tertangguh.



Tetapi kini, pastinya Chegu Bard tersenyum lebar dan rasanya sudah boleh sedekah pisang di masjid.

Tahniah Chegy Bard…😉😉😉

 

Chegu Bard Bellringer Sebenar Skandal Pasir Selangor

 



Di Syorkan Untuk Anda:

 

Layari Laman Facebook:

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker