Aaron-Wooi Yik ‘berpeluh’ sebelum mara ke pusingan kedua

Aaron-Wooi Yik ‘berpeluh’ sebelum mara ke pusingan kedua

Aaron-Wooi Yik 'berpeluh' sebelum mara ke pusingan kedua
AARON (kiri) dan Wooi Yik mara ke pusingan kedua Terbuka Denmark. FOTO ARKIB NSTP

Kuala Lumpur: Beregu lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik memulakan kempen mempertahankan gelaran Terbuka Denmark dengan langkah kanan selepas melangkah ke pusingan kedua, hari ini.

Pada perlawanan di Jyske Bank Arena, pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024 itu beraksi cemerlang dengan menundukkan beregu Jepun, Kenya Mitsuhashi-Hiroki Okamura 28-26, 21-11 dalam pertarungan sengit selama 49 minit.

Kemenangan itu mengekalkan rekod bersih mereka ke atas Mitsuhashi-Okamura setelah turut menewaskan pasangan sama pada Terbuka India 2024 dan Kejohanan Badminton Asia 2024.



Namun, Aaron mengakui tempoh rehat yang lama tanpa aksi kompetitif membuatkan mereka perlu mencari semula rentak permainan.

“Walaupun kami berpengalaman, sudah lama kami tidak beraksi di gelanggang, jadi banyak perkara yang perlu disesuaikan semula,” katanya menerusi rakaman audio yang dikongsikan Persekutuan Badminton Dunia (BWF).


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kes “Safehouse” hancurkan terus imej BERSATU




Sementara itu, Wooi Yik yang baru pulih daripada kecederaan retak jari kaki berkata, perubahan strategi pada set kedua memastikan kemenangan mereka.

Menanti di pusingan kedua, Khamis ini adalah pemenang perlawanan antara rakan sepasukan, Man Wei Chong-Tee Kai Wun dan beregu England, Callum Hemming-Ethan Van Leeuwen.

Sementara itu, beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie terpaksa pulang lebih awal apabila tewas kepada pasangan Perancis, Thom Gicquel-Delphine Delrue, 21-9, 22-24,10-24.

Aaron-Wooi Yik ‘berpeluh’ sebelum mara ke pusingan kedua

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Chegu Bard Bellringer Sebenar Skandal Pasir Selangor



 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker