Pencuci kereta didenda RM40,000 miliki diesel tanpa lesen

Oleh – Syeikh Baran

Pencuci kereta didenda RM40,000 miliki diesel tanpa lesen

Seorang pencuci kereta didenda RM40,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini setelah mengaku bersalah memiliki 3,844 liter diesel tanpa lesen bernilai RM8,264, tahun lalu.



Orang kena saman (OKS), J. Nandekumar, 26, dijatuhi hukuman itu selepas membuat pengakuan tersebut di hadapan Hakim N. Priscilla Hemamalini.

Tertuduh turut diperintah menjalani hukuman penjara selama 16 bulan sekiranya gagal membayar denda ditetapkan. Dia menjelaskan denda berkenaan.

Mengikut kertas pertuduhan, dia yang masih bujang didakwa melakukan kesalahan itu di Kilometer 10, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara di Changlun, dekat sini kira-kira pukul 1.30 pagi, 19 Mei 2023.

Kesemua diesel tersebut ditemukan di dalam tangki fiber yang telah diubah suai di belakang lori rigid model Dyna Hiace dipandunya.

Perbuatan itu menimbulkan syak munasabah satu kesalahan akan dilakukan, iaitu berurusan secara runcit atau borong barang kawalan tanpa lesen,



Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker