Hujan tak halang 10,000 sambut HSN Melaka
Hujan tak halang 10,000 sambut HSN Melaka
Melaka: Lebih 10,000 orang membabitkan pelbagai kaum dan peringkat umur memeriahkan sambutan Hari Sukan Negara (HSN) 2024 peringkat negeri melalui pelbagai aktiviti, malam tadi.
Biarpun hujan renyai ia tidak menjejaskan program yang julung kali disambut pada waktu malam dengan pengunjung kelihatan bersemangat menyertai pelbagai aktiviti disediakan khususnya acara kemuncak iaitu Larian Ria Madani, Night Run dan Family Walk.
Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, sambutan HSN yang diperkenalkan pada 2015 itu platform terbaik memperkukuh semangat dan perpaduan dengan pembabitan masyarakat pelbagai kaum dalam mengamalkan gaya hidup aktif.
“Alhamdulillah, saya difahamkan sambutan HSN di semua daerah mendapat sambutan yang amat baik dengan 43 acara dianjurkan khas untuk masyarakat.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- TMJ: Tinggalkan Johor Kalau Tak Puas Hati
- Dokumen Titah Raja yang tular tu sahih atau tidak? Peguam Najib tanya kerajaan
Kerajaan negeri amat mengalu-alukan insiatif yang digerakkan oleh pihak Kementerian Belia dan Sukan melalui sambutan HSN sebagai usaha merealisasi hasrat malaysia menjadi sebuah negara yang mempunyai rakyat membudayakan sukan seiring dengan kerangka Malaysia Madani dan Visi Sukan Negara 2030,” katanya.
Hujan tak halang 10,000 sambut HSN Melaka
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kalau Tak Mampu Jadi Garam, Jangan Jadi Langau Yang Membusukkan
- Perarakan Solidariti Untuk Palestin Atau Perarakan Promosi PAS?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Lebih RM5 Juta Di Jumpai Dalam Safehouse Politikus Berpengaruh, Siapa Dia?