Geng Siva aktif curi kereta, lerai komponen tumpas

Oleh – Syeikh Baran

Geng Siva aktif curi kereta, lerai komponen tumpas

Geng Siva yang aktif melakukan kegiatan curi kereta tumpas selepas lima ahlinya diberkas polis di sekitar Skudai dan Masai, pada Ahad dan Isnin lalu.



Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh berkata, kesemua suspek berusia lingkungan 20-an hingga 50-an yang ditahan merupakan warga tempatan.

Beliau berkata, geng tersebut diburu susulan menerima satu lagi laporan kereta hilang pada 23 Ogos lalu di Taman Ungku Tun Aminah, Skudai di sini.

“Kita mendapati sindiket ini beroperasi secara terancang di mana dua suspek berperanan untuk mencuri kenderaan manakala yang lain meleraikan komponen sebelum dilupuskan sebagai barangan lusuh,” katanya kepada pemberita hari ini.

Menurut Balveer Singh, semakan lanjut mendapati empat daripada lima suspek yang ditahan mempunyai rekod lampau bagi kesalahan dadah dan jenayah.



Tambahnya, saringan air kencing yang dijalankan mendapati salah seorang suspek tersebut positif dadah.

“Semua tangkapan kini direman dua hingga tujuh hari bagi membantu polis melengkapkan siasatan.

“Kita juga sudah mengambil keterangan pemilik premis barangan lusuh dan pekerja yang dipercayai terbabit dalam kes ini,” jelasnya.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 411 Kanun Keseksaan dan Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya 1952. 



Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker