Trak ‘Transformer’ bertukar jadi dewan jamuan dalam 6 minit
Trak ‘Transformer’ bertukar jadi dewan jamuan dalam 6 minit

Beijing: Trak kontena yang boleh bertukar menjadi dewan jamuan besar dengan hanya menekan butang menjadi popular di kebanyakan kawasan luar bandar di negara ini sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Oddity Central melaporkan, satu video tular di China baru-baru ini menunjukkan sebuah trak kontena berubah menjadi dewan jamuan hanya dalam masa enam minit.
Bagaimanapun, beberapa portal berita mendedahkan kenderaan menarik itu sudah ada sejak sekian lama.
Ia pada awalnya muncul di wilayah Mongolia dan terbukti sangat popular di sana sehingga digunakan secara meluas ke wilayah berhampiran seperti Heilongjiang, Jilin dan Gansu.
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, penggunaan trak kontena itu dikesan di kawasan luar bandar di utara Shanxi, utara Hebei dan barat Shandong.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
Trak ‘Transformers’ yang popular di kawasan luar bandar lazimnya disewa untuk pelbagai acara, daripada majlis perkahwinan, perayaan dan pesta tempatan.
Ruang dalamnya serupa dengan restoran konvensional dan dilengkapi penghawa dingin, skrin tayangan besar dan peralatan audio serta karaoke.
Dewan bankuet tidak termasuk dapur, jadi makanan perlu dimasak di tempat lain dan hanya dihidangkan di situ.
Pemilik trak dikenali Liu berkata bahawa, dia menyewakan kenderaan yang sepanjang 17.5 meter untuk pelbagai acara dengan mengenakan bayaran kira-kira 8,000 yuan (kira-kira RM4,855) selama dua hari.
Trak ‘Transformer’ bertukar jadi dewan jamuan dalam 6 minit
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- TMJ: Tinggalkan Johor Kalau Tak Puas Hati
- Dokumen Titah Raja yang tular tu sahih atau tidak? Peguam Najib tanya kerajaan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.