Mahathir Dakwa Putin Sahabat Baik Beliau, Kelas Gitu…

Mahathir Dakwa Putin Sahabat Baik Beliau, Kelas Gitu...

Mahathir Dakwa Putin Sahabat Baik Beliau, Kelas Gitu…

Bagi penulis, kalau benar, ini adalah satu pendedahan yang sangat menggemparkan dalam abad ini.

Mantan perdana menteri Malaysia yang terpaling disayangi, Dr Mahathir mendakwa bahawa Presiden Rusia, Vladamin Putin adalah sahabat baik beliau.

Malah dalam satu video klip pendek yang disiarkan dalam akaun Tiktok, @chedetofficial, Dr Mahathir mendakwa Putin mahu datang ke rumah beliau.



Beliau juga berkata, kononnya beliau merasa terkejut kerana seorang presiden negara kuasa besar dunia sanggup meluangkan masa menziarahi beliau

Dr Mahathir juga menganggap ianya sebagai satu penghargaan dari Putin kepada beliau.

Persoalannya, adakah benar dakwaan Dr Mahathir bahawa Putin adalah sahabat baik beliau.

Dan sekiranya benar, adakah Putin juga menganggap Dr Mahathir sebagai sahabat baik Putin?



Adat orang bersahabat, mestinya saling bantu membantu.

Kalau menurut Dr Mahathir, kali pertama beliau berjumpa dengan Putin ketika ASEAN Summit 2000 di Filipina.

Ini bermakna dalam fasa pertama beliau menjadi perdana menteri selama 22 bulan, tempoh beliau masih berkuasa selepas junpa Putin adalah selama 3 tahun.

Sepanjang 3 tahun itu, agak-agaknya berapa banyak pelaburan yang Putin atau Rusia melabur di Malaysia.



Takkan kawan tak nak tolong kawan, Dr Mahathir sendiri yang cakap Rusia itu sebuag negara kuasa besar.

Kunjungan Putin ke rumah Dr Mahathir memang benar-benar berlaku, ia dikatakan berlaku sekitar 2015.

Tapi tidak pasti sama ada Putin sendiri yang hendak datang atau Dr Mahathir yang jemput.

Ketika itu Dr Mahathir mengadakan majlis sambutan ulang tahun kelahiran beliau dan Putin telah dijemput secara rasmi.



Agak tidak beradab sekiranya Putin yang ketika itu menjadi tetamu negara tidak menghormati jemputan dari bekas pemimpin negara ketika itu.

Jadi, apa yang istimewanya?

Tahun 2018, Dr Mahathir menjadi perdana menteri kali kedua.

3 tahun selepas Dr Mahathir tersipu-sipu malu selepas dikunjungi Putin.



Kali kedua Dr Mahathir menjadi perdana menteri, berapa banyak pelaburan yang Putin atau Rusia masuk ke Malaysia.

Berangan tak apa, perasan merbahaya.

 

Mahathir Dakwa Putin Sahabat Baik Beliau, Kelas Gitu…

 



Di Syorkan Untuk Anda:

 

Layari Laman Facebook:

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker