Zahid Hamidi: Berhenti Usik PH

Zahid Hamidi Berhenti Usik PH

Zahid Hamidi: Berhenti Usik PH

 

Presiden UMNO, DS Zahid Hamidi enggan memanjangkan ketegangan antara pemimpin parti-parti kerajaan.

Beliau berkata Pakatan Harapan (PH) tidak perlu membuat sebarang permohonan maaf kepada UMNO.



Manakala pemimpin UMNO pula diminta menghentikan serangan.

DS Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata kenyataan Nur Jazlan Mohamed, selain Ketua Pemuda UMNO Akmal Saleh, adalah kenyataan peribadi.

Selagi presiden parti atau ketua parti tidak mengeluarkan sebarang kenyataan, kenyataan- kenyataan itu adalah berbentuk peribadi.

“Kita ketepikan perbezaan pandangan ini.”



“Kita mesti berjalan ke hadapan untuk jalin kerjasama yang baik bagi menghadapi apa saja kemungkinan termasuk pilihan raya kecil atau pilihan raya umum.”

PH tidak perlu minta maaf.”

“Jangan usik rakan parti-parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan.”

“Kita mesti menghormati antara satu sama lain.”



“Yang penting kita mesti mengekalkan keadaan dan situasi perpaduan kerajaan sekarang ini.”

“Jangan timbulkan sebarang masalah.” 

DS Zahid berkata dia telah bertemu dengan Anwar Ibrahim berhubung kemelut yang melanda.

Susulan kemenangan berturut-turut dalam dua pilihan raya kecil (PRK),  Nur Jazlan menggesa PH memohon maaf.



Ini kerana berdekad-dekad memberi gambaran buruk kepada partinya.

Menurut beliau, keputusan PRK Mahkota di  Johor lalu menunjukkan tiada parti tunggal dalam gabungan kerajaan boleh mendakwa menjadi tunjang utama dalam pakatan berkenaan.

Sementara itu, Nur Jalan dalam memberikan respon berkata beliau akur dengan arahan parti.

“Sebagai ahli setia kepada UMNO, saya akur arahan presiden,” jelas beliau.



Dari satu sudut, kita setuju dengan arahan yang dikeluarkan oleh DS Zahid supaya pemimpin UMNO berhenti menyerang PH.

Adat orang bekerjasama, mestilah bahu membahu dan bukannya cakar mencakar.

Tetapi pemimpin PH, terutamanya DAP, mestilah juga mempunyai semangat kerjasama.

Jangan lagi mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh mengguris hati orang Melayu kerana teras sokongan UMNO datangnya dari orang Melayu.



Meja rundingan adalah tempat terbaik untuk selesaikan perbezaan pendapat dan bukannya media.

 

Zahid Hamidi: Berhenti Usik PH

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Layari Laman Facebook:

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker