Tanpa Isu 3R Pemimpin PAS Lesu

Tanpa Isu 3R Pemimpin PAS Lesu

Tanpa Isu 3R Pemimpin PAS Lesu

 

Pemimpin PAS memang terkenal dengan sikap suka menunggang isu agama untuk dilihat berkredibiliti sebagai seorang pemimpin.

Jadi, tidaklah menghairankan sekiranya pemimpin PAS tertunggu-tunggu isu agama untuk tampil sebagai hero kepada agama dan bangsa.



Jika tiada isu, dan sekiranya terpaksa, maka dicipta isu tipu seperti dakwaan Hadi kerajaan hendak hapus status Islam di dalam perlembagaan.

Kenyataan Hadi disanggah oleh Anwar Ibrahim dengan menjelaskan isu tersebut tidak pernah timbul.

Kita tidak faham bagaimana Hadi boleh mengeluarkan kenyataan tersebut sedangkan beliau adalah ahli politik senior.

4 perkara asas dalam perlembagaan, kedudukan Islam, bahasa Melayu, keistimewaan bangsa Melayu dan kedaulatan Raja Raja Melayu adalah di bawah naungan Raja Raja Melayu.



Walau pun ahli Dewan Rakyat memberikan sokongan 100% untuk mengubah, meminda atau membatalkannya, tanpa perkenan Raja Raja Melayu, ianya tidak akan berklaku.

Tetapi itulah wajah sebenar pemimpin PAS.

PAS pernah berkuasa dan menjadi sebahagian dari kerajaan pusat.

Tetapi selama mereka berkuasa, tidak ada apa yang mereka lakukan yang memberi kebaikan kepada kedudukan agama Islam di Malaysia.



Bukan setakat itu, malah pemimpin PAS juga gagal menjadi pentadbir yang baik.

PAS juga gagal melaksanakan fungsi sebagai pembangkang.

Ahli parlimen PAS tidak mahir dan berpengetahuan isu ekonomi, polisi dan dasar.

Kalau bercakap pun, terserlah kejahilannya.



Contohnya, Fadhli Syaari, memang hero bila cetus polemik berkait agama.

Tetapi bila cakap hal ekonomi seperti inflasi, terserlah kejahilan beliau.

Manakala Syahril Sulaiman yang digelar Syahirnomic yang dinobatkan sebagai terpaling pakar dalam ekonomi PN-PAS.

Sudah dua tahun jadi ahli parlimen, apa isu yang dijuarai selain ruh ruh, neh neh.



Logiknya, kalau pemimpin PAS berpengetahuan, tentulah 4 negeri PAS sudah lama maju.

Tetapi itu tidak berlaku.

Kabinet Bayangan PN-PAS hanya tinggal bayang-bayang.

Tiada hala tuju, tiada agenda sendiri, tiada idea alternatif.



Hanya semata-mata kritik.

Ada atau tidak Belanjawan Alternatif PN-PAS 2025?

Kalau ada sila bentangkan.

 

Tanpa Isu 3R Pemimpin PAS Lesu

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Layari Laman Facebook:

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker