Che’gubard umum bertanding jawatan Ketua Bahagian Bersatu Port Dickson

Oleh – Syeikh Baran

Che'gubard umum bertanding jawatan Ketua Bahagian Bersatu Port Dickson

Aktivis politik, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Che’gubard menawarkan diri bertanding jawatan Ketua Bahagian Port Dickson dalam pemilihan Parti Bersatu pada 2 November ini.

Beliau berkata, sudah sampai masanya untuk berada dalam saf pimpinan Bersatu selepas menjadi ahli parti ini sejak 2020 yang lalu.

“Saya rasa sudah sampai masanya saya menawarkan diri untuk bertanding jawatan Ketua Bahagian Bersatu Port Dickson bagi memimpin parti di peringkat Bahagian dan saya mahu bermula di sini.

“Saya dapat tahu ada pihak yang berkempen konon Che’GuBard tak layak jadi Ketua Bahagian sebab terlalu lantang dan sentiasa risiko ditahan pihak berkuasa, namun ingin saya tegaskan, inilah perjuangan selagi kita bergelar pembangkang,” katanya ketika dihubungi, malam tadi.

Che’gubard turut memberi jaminan kempennya bagi pemilihan itu tidak akan menyerang pesaingnya kerana beliau menawarkan diri bertanding jawatan itu kerana ada agenda yang mahu disumbangkan kepada parti.

“Parti ini wajib menjadi juara isu rakyat, parti ini wajib menjadi sandaran harapan rakyat, parti ini wajib ada perancangan menumpu latihan dan pengkaderan, Bersatu harus menjadi pelopor supaya Perikatan Nasional menjadi payung besar kekuatan rakyat,” katanya lagi yang akan ditentang Datuk Zamri Md Said.

Sumber – HARIAN METRO

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker