Tayar pesawat meletup semasa mendarat

Oleh – Syeikh Baran

Tayar pesawat meletup semasa mendarat

Tayar sebuah pesawat Ryanair meletup semasa mendarat di sebuah lapangan terbang di Itali, menyebabkan ia tidak boleh bergerak di landasan, lapor akhbar The Sun UK semalam.



Susulan kejadian tu, penerbangan berlepas dan tiba tergendala di Lapangan Terbang Bergamo Orio al Serio, berhampiran Milan.

Pesawat itu difahamkan berlepas dari Barcelona, Sepanyol tetapi tayarnya meletup sekitar pukul 8 pagi (waktu tempatan), lapor akhbar L’Eco Di Bergamo.

Empat buah tayar pesawat itu meletup dengan salah sebuahnya hangus terbakar.

Setakat ini, punca kejadian tidak diketahui, manakala tiada kecederaan dilaporkan. – AGENSI



Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker