Lebih 200 pemain golf amatur berentap di JGE2024

Lebih 200 pemain golf amatur berentap di JGE2024

Lebih 200 pemain golf amatur berentap di JGE2024
Pemain golf amatur bergambar sebelum memulakan kejohanan kelayakan di Senibong Golf Club sempena JGE2024.
Pemain golf amatur bergambar sebelum memulakan kejohanan kelayakan di Senibong Golf Club sempena JGE2024.

Gelang Patah: Lebih 200 pemain golf tempatan dan antarabangsa mengambil bahagian dalam kejohanan kelayakan Pro-Am di Kelab Golf Senibong, menjelang perasmian Ekspo Golf

Johor 2024 (JGE2024), yang akan berlangsung bulan hadapan.

Lima belas pemenang daripada pusingan kelayakan ini bakal berpeluang bermain golf bersama pemain profesional dalam perlawanan akhir yang dijadualkan pada 19-20 Oktober.



Pemain golf profesional terbaik akan bersaing untuk merebut hadiah wang tunai berjumlah RM40,000, manakala pemain amatur pula akan membawa pulang hadiah bernilai RM14,000.

Kejohanan Pro-Am menampilkan format unik di mana pemain golf profesional dan amatur beraksi dalam pusingan yang sama iaitu kebiasaannya sebelum acara golf profesional utama.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pergeseran UMNO Dengan DAP Boleh Membawa Padah




Kejohanan ini menjadi antara tumpuan JGE2024, yang bertujuan mempertingkatkan aksesibiliti golf kepada orang ramai di Johor dan menyatukan pihak berkepentingan bagi mempromosikan negeri ini sebagai destinasi golf terkemuka.

Selain daripada Pro-Am, ekspo ini juga akan mengadakan pelbagai aktiviti dan acara menarik seperti MGA Junior Open dan Siri Pro-Am Kelab Wanita.

Dianjurkan oleh Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn Bhd (KPRJ) melalui anak syarikatnya,

KPRJ Sports Sdn Bhd, dengan kerjasama Champions Golf, JGE2024 turut akan menganjurkan Family Fairway Fun Festival pada 13 Oktober, sebelum acara utama selama tiga hari bermula pada 18 Oktober ini.



Pengunjung boleh menyertai pelbagai aktiviti menarik, termasuk footgolf, Fairway Fun Zone, trak makanan, pencarian harta karun, dan banyak lagi.

Selain itu, JGE2024 juga menampilkan pameran dan seminar dengan lebih 70 peserta dari pasaran tempatan dan antarabangsa, mempamerkan peluang perniagaan dan inovasi terkini dalam industri golf.

Lebih 200 pemain golf amatur berentap di JGE2024

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Tidak mengejutkan jika PAS “Go Solo” pada PRU16.



 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker