Suspek kes bunuh Sabari berjudi RM16,000 di Batam

Suspek kes bunuh Sabari berjudi RM16,000 di Batam

Suspek kes bunuh Sabari berjudi RM16,000 di Batam
LOKASI pencarian pesara pegawai kewangan Felcra Sabari Baharom, 62, yang disyaki dicampak ke dalam Sungai Padang Terap. FOTO Bernama.

Alor Setar: Suspek lelaki berusia 38 tahun yang dipercayai mencampak pesara kewangan Felcra, Sabari Baharom, 62, disyaki membelanjakan RM16,000 untuk berjudi di Batam, Indonesia, sebelum ditahan polis.

Menurut sumber, suspek dan bersama anak saudaranya yang berusia 26 tahun ke Batam selepas bertindak membunuh Sabari dan mengeluarkan wang simpanannya berjumlah RM16,000.

Katanya, suspek terbabit juga didapati mengalami masalah ketagihan judi dan sering keluar negara bagi melakukan kegiatan berkenaan.

“Suspek dipercayai membunuh Sabari pada 4 September lalu, sebelum bertindak ke Batam, Indonesia untuk berjudi.

“Suspek dikatakan mengalami ketagihan judi dan turut bermain judi dalam talian.


“Suspek dipercayai menghabiskan wang yang disamunnya dari mangsa di sebuah kasino sebelum pulang ke tanah air,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Difahamkan suspek dan anak saudaranya ditahan polis di kawasan sempadan di selatan tanah air pada Jumaat lalu, selepas tidak menyedari polis berjaya mengenal pasti identiti mereka.

Terdahulu, Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh memaklumkan, operasi pencarian mayat Sabari dihentikan petang semalam, selepas polis gagal menemui sebarang petunjuk sejak tiga hari lalu.

Sabari dilaporkan hilang sejak 4 September lalu dan gagal dikesan sehingga kini.

Polis dalam kenyataan sebelum ini, berkata siasatan yang dilakukan berkaitan kes orang hilang yang membabitkan mangsa dan dilanjutkan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (Akta 574) iaitu bunuh.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Bolehkah PKR Terima Azmin Semula


Kehilangan mangsa menjadi persoalan oleh ahli keluarganya apabila kereta Proton Waja milik mangsa ditemui dibakar di kawasan pembuangan sampah di gaung Hutan Gubir, Sik, namun mangsa dilaporkan tiada di tempat kejadian.

Berikutan itu, ahli keluarga mengesyaki Sabari dilarikan individu tidak dikenali berikutan berlaku beberapa transaksi pemindahan wang dari akaun Tabung Haji milik mangsa ke akaun bank orang lain dalam tempoh dua hari selepas kehilangannya.

Pelbagai usaha mencari dilakukan oleh ahli keluarga namun Sabari masih gagal dikesan.

Suspek kes bunuh Sabari berjudi RM16,000 di Batam

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pergeseran UMNO Dengan DAP Boleh Membawa Padah

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker