Cukuplah menipu, apa dosa, salah anak saya?
Cukuplah menipu, apa dosa, salah anak saya?
Kulim: “Cukuplah menipu, anak saya pun sudah tiada. Apa dosa dan salah anak saya sampai jadi mangsa?”.
Itu reaksi Mohammad Azhar Arzemi, 31, yang kecewa selepas imej dan rakaman video siaran langsungnya anaknya, Mohammad Bilal Yusra atau nama manjanya Bilal
digunakan oleh individu dipercayai sindiket penipuan (scammer) yang melakukannya bagi mengumpul dana untuk kepentingan peribadi.
Menurut Mohammad Azhar, apa yang berlaku amat menyedihkan kerana Bilal sudah sembilan bulan meninggal dunia namun masih ada cuba mengambil kesempatan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Keluarga Malaysia Bersama Team Hamzah
- Ada Isu Yang Lebih Besar Dari Penderaan Kanak-Kanak Dalam Kes GISBH
- Pemuda PAN Di Tegur Kerana Bersikap Gelojoh
“Saya sudah lama sedar kewujudan individu menggunakan gambar dan video Bilal, seingat saya sejak mula berkongsi kisahnya di media sosial.
“Semua yang buat begitu menggunakan akaun palsu dan dapat maklumat selepas ada bertanya untuk dapatkan kepastian.
“Baru-baru ini, saya sendiri nampak video menggunakan gambar anak saya di TikTok dan sangat sedih mengenangkan mengapa mereka tergamak buat begitu ketika saya dengan isteri masih bersedih dengan ketiadaan anak,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.
Mohammad Azhar berkata, dia juga bercadang membuat laporan polis supaya pihak berkuasa dapat mengambil tindakan ke atas individu terbabit.
Pada masa sama, Mohammad Azhar berharap orang ramai tidak terpedaya dengan mana-mana individu yang menggunakan gambar atau video lama anaknya itu.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Adik Izz Imil Adalah Bukti Kejayaan PINTAR Permata
- Siapa Sebenarnya Yang Terkulai, Rafizi Atau Lim Sian See
“Saya memang dalam kesempitan dan perlukan dana untuk anak sulung, istimewanya, Nur Khaulah Al Azwar Mohammad Azhar, 5, menjalani rawatan susulan akibat masalah tulang belakang bengkok.
“Tapi bila tersiarnya video dan gambar lama Bilal buat ramai salah sangka sedangkan Bilal sudah tiada.
“Jadi, mereka yang nak bantu boleh menghubungi saya di talian 010-219 5301 untuk kepastian atau menghulurkan sumbangan melalui akaun CIMB bernombor 7047468689 atas nama Mohammad Azhar Arzemi kerana hanya itu akaun yang sah,” katanya.
Sebelum ini, Harian Metro melaporkan penyakit Bilal yang menderita akibat kecacatan tempurung kepala atau Alobar Holoprosencaphly.
Berikutan itu, kepalanya membesar hingga pernah mencapai berat 28 kilogram (kg).
Bilal memerlukan penjagaan rapi yang menyebabkan kedua ibu bapanya tidak dapat bekerja tetap walaupun kesempitan wang.
Pada 15 Disember tahun lalu, Bilal dilaporkan meninggal dunia di pangkuan ibu bapanya di rumah mereka di Kampung Sungai Ular, dekat sini.
Cukuplah menipu, apa dosa, salah anak saya?
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Iron Dome Israel Gagal Tangkis Peluru Berpandu Balistik Iran
- Pendakwaraya: Watak Jho Low Bukan Ciptaan
- UMNO nak melingkup pun ,itu urusan umno, Mahathir tidak perlu menyibuk
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.