Suara Saya Tak Di Edit, Itulah Suaranya -Zara Zya [VIDEO]

Perjelas Sedutan ‘Podcast’ Seram

Suara Saya Tak Di Edit, Itulah Suaranya -Zara Zya [VIDEO]

Suara Saya Tak Di Edit, Itulah Suaranya -Zara Zya [VIDEO]
Suara Saya Tak Di Edit, Itulah Suaranya -Zara Zya [VIDEO]
Nama pelakon, Zara Zya menjadi bualan ramai selepas perkongsian seramnya yang dialami ketika menjalani penggambaran dikongsikan dalam sebuah podcast yang dikendalikan oleh jurusolek terkenal, Alha Alfa di laman Youtube.

Dedah Zara Zya, dia pernah berpewatakan seperti ular selepas mengalami mimpi ular sawa kuning dan memakan haiwan berkenaan.

“Satu malam tu saya mimpi ular sawa warna kuning dan benda yang saya makan itu adalah ular. Dan saya bangun pun menjadi ular. . Saya tak boleh berdiri, lembik, dan buat bunyi ular.”-kongsi Zara Zya dalam podcast Alha Alfa



Dalam pada itu, sedutan podcast ketika Zara mempersoalkan siapakah yang menggangunya itu membuatkan netizen meremang apabila suaranya bertukar menjadi garau dan menyeramkan.

“Suara Saya Tak Di Edit, Itulah Suaranya…”

Tidak berdiam diri, Zara menerusi hantaran di laman X menegaskan bahawa suaranya tidak disunting sama sekali untuk bertukar menjadi garau selain menyatakan keberadaan iblis ketika dia menceritakan pengalaman seramnya itu.



“Wallahi, ketika saya menyebut perkataan Iblis tu, suara saya tak di edit. Itulah suaranya. Dia ada.”-jelas Zara Zya

Suara Saya Tak Di Edit, Itulah Suaranya -Zara Zya [VIDEO]

Netizen Titip Doa

Di ruangan komen, rata-rata peminat mendoakan agar pelakon ini kembali sembuh sepenuhnya, selain ramai yang berkongsikan doa sebagai pendinding diri.

“Kesiannya Zara. Nampak struggle sangat part last tu. Harap Zara sentiasa kuat semangat dan sihat.”



“Saya tengok Zara untuk part last tu sebenarnya penat sebenarnya nak kawal, berpeluh-peluh, kepala pusing, badan tiba-tiba lemah. Si iblis tu cuba nak kawal Zara. Sebenarnya si iblis tu nak cakap kat korang, jangan ganggu aku. Aku tak suka korang cerita pasal aku. Dia benci.”

“Zara amalkan Bismillah 5 nak keluar masuk rumah, nak masuk keluar office baca Bismillah 5. InsyaAllah akan sentiasa dalam perlindungan Allah.”

Suara Saya Tak Di Edit, Itulah Suaranya -Zara Zya [VIDEO]

Suara Saya Tak Di Edit, Itulah Suaranya -Zara Zya [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker