Tarik pengundi Cina, DAP perlu ‘belajar’ dari MCA
DAP perlu belajar dari MCA yang berusaha keras untuk memastikan pengundi Cina tampil ke tempat mengundi seperti yang dijanjikan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota baru-baru ini.
Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, tindakan Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong yang menyalahkannya menjadi punca pengundi Cina tidak keluar mengundi adalah tidak munasabah.
“Kepada Chin Tong, di PRK Sungai Bakap pun pengundi Cina tak keluar mengundi, adakah itu juga salah Dr Akmal Saleh? Walaupun Dr Akmal tiada di Sungai Bakap?
“Sepatutnya tanya pemimpin kamu yang keluarkan kenyataan mengganggu gugat ketenteraman negara bukan salahkan orang yang respon dengan kenyataan pemimpin kamu.
“Cuba contohi MCA yang kuat bekerja dan akhirnya membawa pengundi Cina asas mereka mengundi seperti yang dijanjikan. Nak salahkan saya? Ikut suka hati kau lah, parti kau,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Selasa.
Sebelum ini media melaporkan, Chin Tong mendakwa perbalahan antara Muhamad Akmal dan Naib Presiden DAP, Teresa Kok menyebabkan pengundi Cina pada PRK DUN Mahkota marah dan kecewa sehingga tidak keluar mengundi Sabtu lalu.
Menurutnya, perbalahan itu menjadi faktor mendorong mereka untuk protes dan tidak menunaikan tanggungjawab tersebut sehingga peratusan pengundi Cina rendah.
Mengulas lanjut, Akmal Saleh berkata, UMNO perlu berubah menjadi lebih baik supaya kepercayaan rakyat terus diberikan kepada parti berkenaan.
Tegas beliau, UMNO juga akan mempertahankan prinsip menjaga agama Islam, bangsa dan tanah air walau dengan sesiapa sahaja.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Keluarga Malaysia Bersama Team Hamzah
- Ada Isu Yang Lebih Besar Dari Penderaan Kanak-Kanak Dalam Kes GISBH
- Pemuda PAN Di Tegur Kerana Bersikap Gelojoh
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Gelagat Mesra Fasha Sandha & Nora Danish, Curi Perhatian Netizen! [VIDEO]
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PRK Mahkota: Jangan Di Lupakan Sumbangan Parti Sekutu
- Kelantangan Dr Akmal Atau Kelemahan DAP Jadi Punca Kemerosotan Undi Cina
- Kekalahan Di Mahkota Membuka Ruang Untuk PAS Ambil Alih PN
Muhyiddin harus undur segera demi selamatkan Perikatan Nasional
You must be logged in to post a comment.