TSG sasar 10 terbaik LTdL
TSG sasar 10 terbaik LTdL
Langkawi: Pasukan berstatus benua negara, Terengganu Cycling Team (TSG) tidak mahu hanya digelar sebagai pelengkap dalam perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2024 untuk perebutan jersi juara keseluruhan (GC) sebaliknya mahu memberi saingan dan mensasarkan pelumba mereka berada di kelompok 10 terbaik.
Menurut Pengarah Sukan TSG, Saiful Anuar Aziz mereka mempertaruhkan pelumba berpengalaman dari Ukraine, Anatoliy Budyak untuk memberi cabaran kepada pelumba dari pasukan berstatus WorldTeam dan ProTeam bagi perebutan jersi berkenaan.
“Memang kalau kita lihat daripada senarai pelumba ramai yang hebat hadir pada perlumbaan kali ini, sebelum berakhirnya musim 2024 namun kita mengharapkan Budyak untuk mencabar mereka,” katanya yang juga bekas pelumba kebangsaan.
Ujar Saiful Anuar, antara pelumba luar yang mencuri perhatiannya untuk memenangi GC pada edisi ke-28 ini ialah Harold Martin Lopez dari Astana Qazaqstan Team dan beberapa lagi nama besar bersama dua lagi pasukan bertaraf WorldTeam, EF Education – EasyPost dan Team dsm-firmenich PostNL.
Martin Lopez yang berusia 24 tahun dan berasal dari Ecuador menduduki tempat ke-10 bagi perebutan jersi GC tahun lalu.
Selain mensasarkan untuk menduduki kelompok 10 terbaik GC, Saiful Anuar juga mengakui ia satu bonus buat mereka jika mampu membawa pulang jersi putih (Terbaik Asia) dan juga polka dot (Raja Bukit).
“Jersi putih kami mengharapkan ia dapat diraih Nur Aiman Rosli, manakala jersi polka dot dapat direbut Nur Aiman Zariff. Bagi kemenangan di podium pula kami mengharapkan sentuhan Harrif Saleh.
“Kita harap dapat sesuatu kejutan daripada Harrif dan akan memantau kondisinya dari hari ke hari. Ada lima peringkat yang boleh dikuasai pakar pecut sepertinya dalam saingan tahun ini,” katanya.
Tambah Saiful Anuar, berdasarkan pemerhatiannya beliau yakin Harrif boleh muncul juara peringkat namun perlu melihat juga pada prestasi anak buahnya itu di hari perlumbaan.
Tahun lalu pelumba terbaik TSG bagi saingan GC ialah Jambaljamts Sainbayar yang menduduki tempat ke-16.
Sainbayar juga menduduki tempat kedua jersi putih di belakang pelumba Astana Qazaqstan Team, Vadim Pronskiy.
Dia juga adalah pelumba terbaik untuk TSG bagi saingan Raja Bukit apabila menduduki tempat ke-13.
TSG sasar 10 terbaik LTdL
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Terjawab Mengapa Ketua Pengarah J Kom Di Gugurkan
- PRK Mahkota: PN Berada Dalam Keadaan Terdesak
- PN tandus isu, cuba kait BN dengan komunisma
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.