Zahid bidas kebiadapan Annuar Musa, “Sila hormati keluarga Allahyarham”
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Zahid Hamidi meminta pembangkang lebih sensitif dan tidak menggunakan nama bekas Adun Mahkota, Allahyarham Sharifah Azizah Syed Zain sebagai bahan kempen.
Presiden Umno itu berkata, pembangkang juga sepatutnya menghormati dan menjaga sensitiviti keluarga Allahyarham.
“Dalam bentuk kempen apa sekalipun, kita harus menghormati sama ada orang itu masih hidup atau telah tiada dan harus menjaga perasaan ahli keluarga.
Saya fikir pendekatan terbaik adalah dengan menyantuni, mempunyai ketertiban kerana yang kita mahu isi (memilih wakil rakyat) di sini adalah menggantikan seorang wakil rakyat yang telah meninggal dunia,
katanya selepas melawat Kem Mahkota di sini sambil diiringi Menteri Pertahanan, Mohamed Khaled Nordin yang juga naib presiden Umno.
Beliau mengulas tindakan Timbalan Pengarah Operasi Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN), Annuar Musa didakwa memuat naik hantaran di Facebook mengenai penganjuran majlis tahlil untuk Sharifah, namun keluarga Allahyarham kemudiannya menafikan mereka mengetahui majlis itu.
Sehubungan itu, Zahid berkata, tiba masanya menghentikan pendekatan lama dalam berkempen seperti menimbulkan kebencian atau melakukan sesuatu di luar norma politik dan kaedah kempen hanya untuk meraih sokongan pengundi.
Mengenai pergeseran Ketua Pemuda Umno, Dr Akmal Saleh dan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok dari DAP berhubung isu pensijilan halal, Zahid menganggap isu itu tamat dan beliau sudah mengeluarkan kenyataan berkaitan pendirian kerajaan dalam isu halal malam tadi.
Dah reda, saya sendiri telah berjumpa dengan Dr Akmal pada 14 Sept lepas bersama Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dan saya juga telah memberitahu Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook mengenai perkara itu. Jadi, isu ini telah ditutup.
Sementara itu, Ketua Umno Johor, Onn Hafiz Ghazi, berkata perjalanan kempen PRK Mahkota yang masuk hari keenam lancar dan dalam keadaan baik.
Tetapi, pengarah PRK itu berkata, jentera parti tidak boleh selesa kerana masih banyak boleh dilakukan bagi memastikan BN terus mengekalkan kerusi DUN tersebut.
Kita anggap kita bukan pilihan (underdog) dan kita akan berusaha lebih gigih menyantuni setiap pengundi di sini.
PRK Mahkota pada 28 Sept ini menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon BN, Syed Hussien Syed Abdullah dengan calon PN, Mohamad Haizan Jaafar.
PRK itu diadakan susulan kematian Sharifah, 63, pada 2 Ogos lalu.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- ‘Anakku dirogol’, kata tertuduh bunuh jiran
- Tempoh pilih opsyen SSPA bermula 21 Oktober ini
- Pemuda PAS jantan tak cukup sifat – Razlan
- Mashitah saman fitnah RM50 juta pertubuhan, pemimpin
- Toksah jawab soalan racun kahwini bukan Melayu – Sanusi
- Khidmat kontraktor dewan selera MRSM Taiping ditamatkan, MARA bawa kes ke mahkamah
- 13 budak GISB pernah diliwat – KPN
- Rambut macam bini Popeye, Intan Najuwa sekolahkan netizen (video)
- Penduduk Seberang Perai miskin dan ‘losers’ – Uncle Roger (Video)
- Pantun puja Abuya
- Puteri Sarah gembira Syamsul kembali ke pangkuan keluarga
- Saya pertimbang keluar kerajaan jika saya Presiden Amanah
- Masuk bilik teman wanita melalui tingkap sebelum rogol
- Pedang samurai cabut nyawa Elly Idzlinizar
- ‘Kau ingat kau menantu Pak Lah boleh buat sesuka hati’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
‘Tergamak hangpa bunuh dia, merangkaklah di Padang Mahsyar’
Nora Ariffin dedah detik perceraian, paksaan itu berlaku depan mata
You must be logged in to post a comment.