Sudah dua malam jem di LPT belum surut

Sudah dua malam jem di LPT belum surut

Walaupun sudah dua malam perantau dari Lembah Kelang menghadapi kesesakan lebuh raya menuju ke Pantai Timur, namun keadaaan tersebut masih lagi tidak surut.

Menerusi satu siaran langsung di akaun TikTok Kanda_kamarul malam ini, keadaan kesesakan itu masih lagi berlaku dan tanda-tanda untuk reda masih lagi belum berlaku.

Menurut siaran langsung itu, keadaan kesesakan tersebut lebih teruk daripada musim perayaan sebelum ini kerana semua kaum di Malaysia bercuti bersama kali ini.

Siaran langsung tersebut dipercayai dibuat di kawasan Greenwood, Gombak menyaksikan keadaan kenderaan yang masih beratur panjang sehingga ke saat ini.

“Saya berada di Gombak arah Pantai Timur sekarang, tengoklah sendiri keadaan jalan ni. Tak putus-putus dengan kenderaan ke Pantai Timur dah dua malam tapi masih tak surut.

“Ada rakan kita dalam live ni cakap dia selamat samapai ke kampung halaman di Tumpat, Kelantan selama 14 jam semalam.

“Saya rasa Kuala Lumpur ni kosong hari, ramai yang pakat balik kampung sebab cuti serentak ni,” katanya yang dipercayai seorang pemandu lori.

Menurutnya lagi, kemungkinan esok pagi keadaan ini mungkin sudah terkawal dan kesesakan mungkin sudah tidak berlaku kerana sudah dua hari keadaan ini berlaku.

“Saya rasa siapa yang nak balik malam ni rehat dan tidur dulu, eloknya bertolak esok atau awal pagi nanti.

“Mungkin jem dah ok esok sebab kenderaan semakin kurang. Ada kawan cakap di Karak sekarang kenderaan tidak bergerak,” katanya.

Dalam pada itu, dilaporkan keadaan tersebut turut belaku daripada susur keluar Lebuh Raya Duta-Ulu Kelang (DUKE). K Online

Sudah dua malam jem di LPT belum surut

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Fazura fail cerai terhadap Fattah

‘Tergamak hangpa bunuh dia, merangkaklah di Padang Mahsyar’

Al-Arqam ‘berevolusi’ selindung ajaran sesat

Nora Ariffin dedah detik perceraian, paksaan itu berlaku depan mata

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker