Rumah amal terima derma bukan hanya dari GISBH – KPN
Razarudin berkata polis telah meluaskan skop siasatan mereka, termasuk pembiaya dan penderma.
Rumah amal terima derma bukan hanya dari GISBH – KPN
Polis telah meluaskan skop siasatan mereka terhadap rumah amal yang diserbu, termasuk pembiaya dan penderma mereka, kata Ketua Polis Negara Razarudin Husain.
Beliau berkata siasatan menunjukkan bahawa rumah amal yang didakwa dikaitkan dengan Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH) itu turut menerima tajaan daripada organisasi selain GISBH.
GISBH juga mengendalikan rumah orang tua yang mendapat dana daripada pihak lain, katanya pada sidang media di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini.
Razarudin menggesa mereka yang pernah terlibat dengan syarikat itu dan mangsa sebelum ini untuk tampil bagi memudahkan siasatan polis.
Pada Rabu, polis menyerbu 20 rumah amal di Selangor dan Negeri Sembilan yang didakwa mempunyai kaitan dengan GISBH dan menyelamatkan 402 kanak-kanak yang dipercayai menjadi mangsa penderaan fizikal, penderaan seksual dan diabaikan.
Razarudin hari ini berkata 13 daripada mangsa disyaki diliwat.
Beliau berkata kebanyakan mereka mengalami luka baru dan lama dan kini sedang menjalani pemeriksaan kesihatan di Pulapol. FMT
Rumah amal terima derma bukan hanya dari GISBH – KPN
Baca Artikel Menarik:
- Jual kuih raya untuk bertanding di Paris, 2 beradik harum nama Malaysia
- Masuk bilik teman wanita melalui tingkap sebelum rogol
- Yusoff Rawther direman kerana didakwa miliki 2 pistol, dadah
- Hakim nasihat guru besar bertaubat
- Johan ulas kontroversi sindir PM di Hot FM
- Bring it on Teresa, I ‘am not afraid – Akmal
- Titah adendum Najib, katakan ya atau tak. Itu sahaja – Thanenthiran
- Tauke 99 Speed Mart bakal tersenarai terkaya di Malaysia
- Makin lawa Ira Kazar selepas menjanda
- Jangan panggil saya ustaz – Sabri Yunus
- Bahagian klitoris wanita Ivory Coast dijual untuk kegunaan ilmu hitam
- Ini kenapa Betty Banafe dipanggil polis
- Abang Bas menangis didakwa di mahkamah
- Isteri dimensia tak sedar suami sudah 2 hari rentung depan rumah
- EV kereta pakai buang?
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Dolly pembancuh teh viral di tiktok kini dibayar RM40,000 sehari