Pemandu langgar kuil bukan mabuk – Polis

Pemandu langgar kuil bukan mabuk – Polis

IPOH: Polis menafikan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) terbabas masuk ke kawasan sebuah kuil di Tanjung Rambutan, di sini, semalam berpunca pemandu mabuk.

Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris, berkata lelaki yang dipaparkan memandu SUV seperti video yang ditularkan di media sosial berkenaan mengalami gejala hipoglisemia daripada penyakit diabetes semasa kejadian.



Kata Azizi, polis daerah Ipoh menerima aduan orang awam mengenai insiden yang ditularkan di media sosial semalam menerusi keterangan yang menggambarkan bahawa pemandu SUV itu mabuk lalu terbabas memasuki perkarangan kuil terbabit.

Polis menerima satu laporan polis berkaitan insiden jam 8.36 pagi semalam yang mana siasatan awal mendapati kemalangan dalam kawasan kuil Arulmigusamayapura Mariamman Tanjung Rambutan, di sini membabitkan sebuah SUV terbabas sendiri.

Azizi berkata, SUV dipandu lelaki tempatan berusia 41 tahun dari arah Klinik Kesihatan Tanjung Rambutan menghala ke Changkat Kinding hilang kawalan kerana pemandunya secara tiba-tiba tidak sedarkan diri.

“Apabila melepasi lampu isyarat dan meneruskan perjalanan, secara tiba-tiba pemandu hilang kawalan kenderaannya kerana tidak sedarkan diri lalu terbabas memasuki kawasan perkarangan kuil dan melanggar tiang sengkuap kuil.



“Berdasarkan rekod perubatan, pemandu itu mempunyai rekod sebagai pesakit kencing manis atau diabetes dan dia dipercayai (ketika kejadian) mengalami gejala hypo (hipoglisemia) semasa kejadian itu berlaku,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Polis menasihati orang awam agar tidak sewenang-wenangnya meninggalkan sebarang komen berbaur provokasi atau sentimen sensitif melalui media sosial tanpa mendapat rujukan atau fakta yang sahih sehingga menimbulkan kerisauan masyarakat. BH

Pemandu langgar kuil bukan mabuk – Polis

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ziarah bapa selepas 4 tahun, jumpa rangka sahaja

Hot FM diancam boikot gara-gara KJ (Video)



Dolly pembancuh teh viral di tiktok kini dibayar RM40,000 sehari

Kontraktor Kantin MRSM Taiping Rupanya Isteri VVIP?



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker