99 Speedmart jawab dakwaan beri gaji rendah
99 Speedmart jawab dakwaan beri gaji rendah
Selepas melancarkan tawaran awam permulaan (IPO) yang merupakan IPO terbesar di Malaysia dalam tempoh tujuh tahun lepas dan pengasasnya mencapai status bilionaire, 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd menerima kritikan berhubung gaji yang ditawarkan kepada pekerjanya.
Dalam mempertahankan syarikat itu, Ketua Pegawai Operasinya, Yong Eng Kwang, menyifatkan gaji yang diberikan adalah adil dan mengatakan syarikat itu mematuhi sepenuhnya Akta Kerja 1955 (Pindaan) 2022.
Dia berkata sektor pasar mini menghadapi cabaran dan keadaan unik yang perlu diambil kira apabila membuat perbandingan dengan industri lain.
“Di bawah Akta Kerja (Pindaan) 2022, gaji minimum nasional ditetapkan pada RM1,500 sebulan.
“Ini memastikan bahawa 99 Speedmart bukan sahaja memenuhi syarat undang-undang ini, malah kami membayar lebih daripada itu,” katanya dalam satu kenyataan, menurut laporan New Straits Times.
Dia menjawab tindakan warga maya mempersoalkan gaji ditawarkan syarikat itu, dengan ada yang secara sinis bertanya apakah IPO yang dilancarkan baru-baru ini akan membawa kepada kenaikan gaji.
Pengurus cawangan 99 Speed Mart, khususnya, dikatakan memperoleh purata RM2,387 sebulan.
Yong menjelaskan bahawa Speed Mart menawar faedah untuk pekerja, termasuk kenaikan gaji tahunan, bonus akhir tahun, akses ke klinik panel dengan lawatan perubatan yang boleh dituntut, peluang perkembangan kerjaya dan latihan, kad SIM percuma dengan 40GB data dan panggilan tanpa had, serta baucar makanan percuma.
Dia menambah syarikat itu juga memberi bayaran kerja lebih masa.
“Pekerja yang diminta bekerja lebih masa dibayar gaji lebih masa dan ia dilakukan berdasarkan persetujuan antara kedua-dua pihak,” katanya, sambil menambah Speed Mart beroperasi dari jam 10 pagi hingga 10 malam.
Yong juga berkata iklan kerja kosong yang disebarkan di media sosial ialah iklan pada tahun 2020 dan tidak menggambarkan keadaan semasa di mana sesetengah pengurus cawangan yang telah berkhidmat lama memperoleh lebih daripada RM4,000 sebulan.
“Hari ini, sebagai contoh, sesetengah pengurus cawangan kami yang telah lama berkhidmat memperoleh lebih daripada RM4,000 sebulan, yang kami percaya adalah imbuhan yang adil untuk dedikasi dan kerja keras mereka.
“Pekerja kami adalah tulang belakang 99 Speedmart, dan kami komited terhadap kebajikan mereka.
“Kami juga memahami tekanan kewangan yang dihadapi ramai orang pada masa kini, itulah sebabnya kami bekerja tanpa jemu untuk memastikan harga kami rendah, memastikan barangan keperluan kekal mampu milik untuk semua orang,” tambahnya.
Iklan jawatan kosong yang tersebar dua hari lepas bagi cawangan 99 Speedmart di Semenyih, Bangi dan Kajang menyatakan bahawa gaji asas yang ditawarkan untuk pengurus cawangan adalah sebanyak RM2,750 sebulan, manakala bagi penolong pengurus cawangan dan penyelia adalah masing-masing sebanyak RM2,400 dan RM1,800.
Menurut iklan tersebut, ia tidak termasuk bayaran kerja lebih masa, caruman wajib, bayaran perubatan di klinik panel dan kelebihan lain seperti mendapat baucar makanan segera.
Pemohon mestilah terdiri daripada warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas yang mempunyai sekurang-kurangnya diploma daripada institusi pengajian tinggi. Mk
99 Speedmart jawab dakwaan beri gaji rendah
Baca Artikel Menarik:
- Jual kuih raya untuk bertanding di Paris, 2 beradik harum nama Malaysia
- Masuk bilik teman wanita melalui tingkap sebelum rogol
- Yusoff Rawther direman kerana didakwa miliki 2 pistol, dadah
- Hakim nasihat guru besar bertaubat
- Johan ulas kontroversi sindir PM di Hot FM
- Bring it on Teresa, I ‘am not afraid – Akmal
- Titah adendum Najib, katakan ya atau tak. Itu sahaja – Thanenthiran
- Tauke 99 Speed Mart bakal tersenarai terkaya di Malaysia
- Makin lawa Ira Kazar selepas menjanda
- Jangan panggil saya ustaz – Sabri Yunus
- Bahagian klitoris wanita Ivory Coast dijual untuk kegunaan ilmu hitam
- Ini kenapa Betty Banafe dipanggil polis
- Abang Bas menangis didakwa di mahkamah
- Isteri dimensia tak sedar suami sudah 2 hari rentung depan rumah
- EV kereta pakai buang?
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Dolly pembancuh teh viral di tiktok kini dibayar RM40,000 sehari
You must be logged in to post a comment.