Badak air Pablo Escobar dihukum mati

Badak air Pablo Escobar dihukum mati

BOGOTA – Beratus-ratus badak air milik ketua kartel dadah Colombia, Pablo Escobar ‘dijatuhi hukuman mati’ oleh mahkamah selepas didapati mengancam hidupan liar dan alam sekitar, lapor akhbar The Sun UK kelmarin.

Badak-badak air itu terlepas daripada kurungan selepas polis menembak mati Escobar pada 1993.



Sejak itu, pihak berkuasa berusaha mengekang badak-badak air tersebut daripada terus membiak, namun data mendapati bilangan haiwan itu berkembang sehingga 200 ekor.

Jumlah besar itu menyebabkan landskap tempatan rosak dan mengancam hidupan liar lain. Ia mencetuskan kebimbangan bahawa angka itu boleh berkembang menjadi lebih 1,000 ekor jika badak air tersebut tidak dibunuh.

Justeru, seorang hakim Mahkamah Pentadbiran Cundinamarca mengarahkan kementerian alam sekitar untuk melaksanakan hukuman mati terhadap kesemua badak air itu dalam masa tiga bulan.

Pada Jumaat lepas, hakim sama memberi amaran bahawa usaha sebelum ini untuk mengurangkan populasi haiwan itu telah gagal, manakala bilangan badak air yang begitu banyak boleh membahayakan nyawa manusia.



Serangan ke atas nelayan telah dilaporkan di Sungai Magdalena sebelum ini. Pakar-pakar juga berpendapat bahawa populasi lembu laut boleh terancam. K Online

Badak air Pablo Escobar dihukum mati

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Ziarah bapa selepas 4 tahun, jumpa rangka sahaja

Hot FM diancam boikot gara-gara KJ (Video)



Dolly pembancuh teh viral di tiktok kini dibayar RM40,000 sehari

Kontraktor Kantin MRSM Taiping Rupanya Isteri VVIP?



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker