Syukur mandat kembali kepada rakyat – Zahid
Syukur mandat kembali kepada rakyat – Zahid
Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi bersyukur mandat akhirnya dikembalikan kepada rakyat untuk memilih kerajaan lebih stabil pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).
Beliau berkata, walaupun Umno pernah disalah ertikan angkara fitnah dan tipu daya sebelum ini, parti itu tidak akan sesekali berpaling tadah untuk memperjuangkan nasib rakyat dan negara.
“Umno meminta Parlimen dibubarkan ketika di puncak kuasa kerajaan campuran demi kemaslahatan dan masa depan rakyat serta negara.
“Ini langkah tepat bagi memberi kuasa penentuan kepada rakyat untuk mengembalikan kestabilan dan kemakmuran di bumi Malaysia,” katanya di Facebook.
Dalam keadaan Umno diburuk sangka, ditekan dan diasak dari segenap arah, katanya, ia tetap istiqamah berpegang kepada kebenaran dan tanggungjawabnya, serta berjiwa besar menyerahkan semula mandat kepada rakyat.
“Umno berjiwa besar, pada 2020 merestui sebilangan wakil rakyatnya bekerjasama dengan seteru politik membentuk kerajaan sementara bagi memastikan kelangsungan pentadbiran negara daripada kucar-kacir, selepas kerajaan PH tumbang angkara perebutan kuasa sesama mereka.
“Umno malah berjiwa besar demi rakyat, bersetuju mengangkat ketua parti lawan sebagai perdana menteri bagi mengelak krisis pentadbiran daripada berterusan, namun ibarat air susu dibalas tuba, kebaikan Umno dibalas dengan pembelotan ‘scheme of things’ mahu menikam parti ini dari belakang.
“Hari ini, Umno dan pimpinannya sekali lagi berjiwa besar menyerahkan semula mandat kepada rakyat untuk membentuk kerajaan baharu.”
Ketua Pemuda Umno, Asyraf Wajdi Dusuki berkata, terpulang kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menentukan tarikh PRU15 sebelum musim tengkujuh pada pertengahan bulan depan.
Katanya, pembubaran Parlimen sejajar pendirian sayap itu sejak politik negara menjadi tidak menentu dan mandat rakyat perlu dikembalikan semula bagi menjamin kestabilan negara.
Terdahulu, Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob mengumumkan Parlimen dibubarkan berkuat kuasa hari ini bagi membuka laluan kepada PRU15.
PRU15 perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas pembubaran Parlimen dan SPR akan menetapkan tarikh bagi penamaan calon, hari mengundi dan urusan berkaitan. FMT
Syukur mandat kembali kepada rakyat – Zahid
Baca Artikel Menarik:
- Rais Hussin umum keluar Bersatu
- Sindiran Sanusi dan TMJ semakin panas
- Adakah 12 menteri PN sudah tak sokong Ismail Sabri?
- 37 terbunuh dalam insiden tembakan pusat jagaan kanak-kanak
- Sanusi gagal dan koyak – Bekas exco
- Sebaldi gigi emas ditemui dalam bilik seksaan di Ukraine
- Siasat penyebaran laporan siasatan buku Tommy Thomas
- Deepak ‘bungkus’ lagi, Mahkamah Persekutuan tolak samannya terhadap Najib dan Rosmah
- Mahathir cuba ‘mengajar’ Jabatan Peguam Negara?
- Awie kesal didakwa punca kerosakan akhlak rakyat Kelantan
- Orang Laos tolong korek terowong untuk rakyat Malaysia lari
- Menteri PN guna istana bantah PRU-15
- Kain kapan jenazah terkeluar akibat tanah runtuh tepi kubur
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Lelaki panik tangan misteri muncul bawah pintu tandas awam
You must be logged in to post a comment.