Hakim nasihat guru besar bertaubat
"Ini baru (hukuman) dunia, belum akhirat. Bertaubatlah," kata hakim
Hakim nasihat guru besar bertaubat
IPOH: Seorang guru besar sekolah rendah di Teluk Intan, didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, selepas mengaku bersalah menggunakan jawatan untuk memalsukan dokumen, tiga tahun lalu.
Pengakuan bersalah oleh Rosnah Mat Zain,57, dibuat atas pertuduhan pilihan mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan.
Dalam penghakimannya, Hakim Datuk Ibrahim Osman menetapkan Rosnah dipenjara sebulan jika gagal membayar denda, namun tertuduh membayar denda dikenakan.
Mengikut pertuduhan, Rosnah didakwa menggunakan suatu dokumen sebagai tulen iaitu Invois Brickwork Resource bertarikh 6 Disember 2021 kepada sebuah sekolah rendah di Teluk Intan untuk pembayaran pembelian alat muzik piano digital berserta bangku hitam berjumlah RM10,200 yang mana dokumen itu adalah palsu.
Perbuatan itu dilakukan di sebuah sekolah rendah di Teluk Intan, pada 9 Disember 2021.
Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.
Mengikut fakta kes, tertuduh memilih syarikat milik menantunya bagi kerja pembekalan alat muzik yang mana tertuduh mempunyai kepentingan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Sharul Azuan Ghazali dan Maziah Mansor, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Selepas membacakan keputusan penghakimannya, Ibrahim menasihati tertuduh bertaubat dan berhati-hati membuat keputusan sebagai penjawat awam.
“Selepas ini berhati-hatilah dalam membuat keputusan sebagai penjawat awam. Ini baru (hukuman) dunia, belum akhirat. Bertaubatlah,” katanya. BH
Hakim nasihat guru besar bertaubat
Baca Artikel Menarik:
- ‘Abang Bas’ direman, siapa nak hantar anak saya ke sekolah?
- Ambulans rempuh lori parkir tepi jalan, pemandu dan jururawat cedera parah
- Linda Onn kecewa deejay baharu tiada etika
- Padah pakai cincin pada kemaluan
- ‘Pensyarah dari syurga’ terima penghargaan Kesuma, Lim dijadikan anak angkat
- Nak makan, makan, tak makan sudah – Anwar
- Teresa Kok buat ‘U-TURN’, sokong persijilan halal
- Osama Yamani kena rotan semasa tinggal di Pengasih bersama Jamal
- Syamsul, Sarah, Ira – Antara cinta, air mata dan pembalasan
- Kaki Eina Azman bikin muntah?
- Reedzwann reda dengan pemergian Nuraisyatul
- ‘Tentera bawang’ buat malu negara
- Bukan mudah untuk BN menang PRK DUN Mahkota
- Kontrak kontraktor Dewan Selera MRSM Taiping ditamatkan dan bakal disaman – Asyraf Wajdi
- Saya bukan Puan Mira kantin, jangan serang saya
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kalau benar Fazura, Fattah bercerai…
Betty Banafe dakwa siasatan polis tak ikut SOP disangkal PDRM (Video)
Ramly Burger disanjung dalam The New York Times