Bring it on Teresa, I ‘am not afraid – Akmal
Bring it on Teresa, I ‘am not afraid – Akmal
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh mencabar Naib Pengerusi DAP, Teresa Kok untuk menyaman beliau di mahkamah berhubung isu pensijilan halal.
Ahli Dewan Undangan Negeri Merlimau itu tidak gentar dengan ancaman yang dibuat oleh Teresa.
Dalam satu perkongsian video hampir 30 saat di media sosial, Dr. Muhammad Akmal tidak akan menyerah kalah dan bersedia untuk berhadapan dengan Ahli Parlimen Seputeh itu di mahkamah.
“Bismillahi Rahmani Rahim, Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Hari ini bila Teresa Kok dipanggil ke ibu pejabat polis tadi, dia keluarkan satu kenyataan bahawa dia kata, dia nak mempertimbangkan, nak saman saya di mahkamah
“Saya nak beritahu kepada Teresa Kok bring it on, I ‘am not afraid, no fear, no surrender. Kita jumpa di mahkamah,” kata Dr. Muhamad Akmal ringkas.
Media hari ini melaporkan, Teresa sedang mempertimbang untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas Dr Muhamad Akmal susulan kenyataan balas beliau berkait isu pensijilan halal, termasuk mahu ‘logo tidak halal’ ditampal pada dahi pemimpin DAP berkenaan.
Teresa sedang mendapatkan nasihat undang-undang daripada barisan peguamnya berhubung perkara terbabit.
“Saya akan berbincang dengan peguam saya (sekali lagi) selepas sesi ini,” katanya kepada pemberita setelah memberi keterangan di Bukit Aman hari ini.
Dr Muhamad Akmal sebelum ini menempelak tindakan Teresa yang dilaporkan mendakwa cadangan mewajibkan perolehan sijil halal ke atas restoran dan syarikat makanan hanya menambah beban terhadap peniaga.
Menyifatkan Ahli Parlimen Seputeh itu sebagai ‘nyonya tua’, Dr. Muhamad Akmal berkata, Teresa tidak sepatutnya mencampuri urusan agama Islam berkaitan pensijilan halal.
“Pertama saya nak bagi tahu pada nyonya tua ini, sijil halal ini bukan sahaja arak dan babi tapi sijil ini merangkumi bagaimana dia (peniaga) nak sediakan (makanan), bagaimana sumber (perniagaan) tu dapat.
“Jadi ini adalah aturan yang telah ditetapkan dan saya nak bagi tahu juga nyonya tua ini bahawa sijil halal ini dulu berbulan-bulan nak dapat. Hari ni kita dah dapat pendekkan kepada 23 hari saja dah boleh dapat sijil halal.
“Jadi apa masalah kamu dengan sijil halal ini?” soal Dr. Muhamad Akmal dalam satu rakaman video yang dimuatnaik di TikTok.
Teresa hari ini hadir ke Bukit Aman bagi memberi keterangan berkaitan kenyataan pensijilan halal dikatakan membebankan peniaga di Malaysia. MG
Bring it on Teresa, I ‘am not afraid – Akmal
Baca Artikel Menarik:
- ‘Abang Bas’ direman, siapa nak hantar anak saya ke sekolah?
- Ambulans rempuh lori parkir tepi jalan, pemandu dan jururawat cedera parah
- Linda Onn kecewa deejay baharu tiada etika
- Padah pakai cincin pada kemaluan
- ‘Pensyarah dari syurga’ terima penghargaan Kesuma, Lim dijadikan anak angkat
- Nak makan, makan, tak makan sudah – Anwar
- Teresa Kok buat ‘U-TURN’, sokong persijilan halal
- Osama Yamani kena rotan semasa tinggal di Pengasih bersama Jamal
- Syamsul, Sarah, Ira – Antara cinta, air mata dan pembalasan
- Kaki Eina Azman bikin muntah?
- Reedzwann reda dengan pemergian Nuraisyatul
- ‘Tentera bawang’ buat malu negara
- Bukan mudah untuk BN menang PRK DUN Mahkota
- Kontrak kontraktor Dewan Selera MRSM Taiping ditamatkan dan bakal disaman – Asyraf Wajdi
- Saya bukan Puan Mira kantin, jangan serang saya
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kalau benar Fazura, Fattah bercerai…
Betty Banafe dakwa siasatan polis tak ikut SOP disangkal PDRM (Video)