Teresa buat silap tapi Akmal asyik silap – Tajuddin

Teresa buat silap tapi Akmal asyik silap – Tajuddin

Ahli akademik Tajuddin Rasdi kecewa polemik pensijilan halal muncul selepas kunjungan Paus Francis ke Indonesia, yang sepatutnya menjadi pelajaran tentang hubungan antara agama dan toleransi

Namun, profesor bidang seni bina Islam ini percaya Naib Pengerusi DAP Teresa Kok sepatutnya bertindak dengan “lebih bijak” ketika mengulas isu tersebut.

“Saya tidak mempersoalkan kebijaksanaannya dalam isu-isu lain.

“Tetapi, perlu difahami bahawa Islam kini bukan lagi isu sensitif. Ia telah menjadi isu yang tidak stabil di Malaysia.

“Di sinilah saya percaya beliau telah melakukan kesilapan,” katanya kepada Malaysiakini.

Tajuddin berkata Teresa sepatutnya membiarkan wakil rakyat atau pemimpin Muslim dalam DAP untuk bersuara atau membuat kenyataan bersama.

“Dia mempunyai hak sebagai wakil rakyat untuk melindungi kepentingan pengundinya dan rakyat Malaysia daripada semua kaum dan agama.

“Dalam konteks politik Malaysia masa kini, kaum dan agama menjadi laluan cepat ke arah populariti dan ramai yang menunggu untuk memanfaatkan hal ini.

“Jadi, diperlukan strategi tertentu untuk menangani isu-isu seperti ini dan mengelakkan negara terganggu apabila terdapat isu yang lebih mendesak,” tambahnya.

Tajuddin juga percaya Kok perlu lebih berhati-hati dengan kata-katanya.

Katanya, kenyataan Kok seperti pensijilan halal akan mengundang “kecaman global” bukanlah tindakan yang bijak.

Ini bukan kali pertama ahli akademik tersebut menyeru ahli politik bukan Muslim untuk berhati-hati apabila berbicara mengenai hal-hal berkaitan Islam.

Dalam podcast pada bulan Mei, Tajuddin berkata kegagalan mereka untuk bertindak secara “strategik” cenderung memperburuk keadaan.

Tajuddin juga mengulas Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh yang pernah dikritiknya semasa isu KK Mart.

“Walaupun telah menerima gelaran Datuk, dia tidak berubah. Dia masih dengan taktik lamanya dan sekali lagi membuktikan bahawa dia tidak akan berubah.

“Akmal mewakili sisi terburuk orang Melayu dan kerana saya berpendapat bahawa dia tidak akan mengatakan perkara yang betul atau sekurang-kurangnya sehingga dia berhenti menggunakan kaum dan agama sebagai alat untuk naik dalam hierarki politik, saya memilih untuk tidak membuang masa lagi bercakap tentangnya,” katanya.

Tajuddin mengulas Akmal yang terkenal dengan gaya kasar, apabila dia menyelar Teresa dan meminta kerajaan menyediakan logo tidak halal untuk “tampal dekat dahi nyonya tua ini.” Mk

Teresa buat silap tapi Akmal asyik silap – Tajuddin

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kalau benar Fazura, Fattah bercerai…

Betty Banafe dakwa siasatan polis tak ikut SOP disangkal PDRM (Video)

Ramly Burger disanjung dalam The New York Times

Scha Al Yahya ‘menyala’ di Dubai Fashion Week

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker