Pontianak 200KG inspirasi sentuhan Mamat Khalid

Pontianak 200KG inspirasi sentuhan Mamat Khalid

Kejayaan telefilem Pontianak 100KG yang ditayangkan di platform penstriman, Tonton tahun lalu mendorong syarikat produksi, Primeworks Studios (PWS) dengan kerjasama Metrowealth International Group (MIG) menerbitkan kesinambungannya menerusi filem Pontianak 200KG.

Masih mengekalkan Aya Amiruddin selaku teraju utama membawakan watak pontianak, naskhah arahan Shuhaimi Lua itu juga membariskan bintang ‘otai’ seperti Ziana Zain dan Ropie dengan dibantu beberapa pelakon lain seperti Dottie, Niezam Zaidi, Wanns Ahmad dan Malia Baby.



Shuhaimi berkata, filem Pontianak 200KG yang sudah ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia dan Brunei sejak 5 Ogos lalu mengangkat tema komedi, seram dan kemasyarakatan inspirasi daripada beberapa elemen pengarahan sutradara tersohor, Allahyarham Mamat Khalid.

“Sebenarnya tokoh pengarahan yang saya hormati adalah arwah Mamat, jadi bila ketiadaan beliau, dunia perfileman sepi daripada bentuk komedi sebegini. Saya rasa perlu menjadi pelapis untuk meneruskan karya kemasyarakatan sebegini.

“Saya cuba mengadaptasikan beberapa elemen yang ada dalam filem arwah Mamat untuk naskhah ini. Sebenarnya, saya amat mengagumi karyanya.

“Beliau mempunyai sentuhan yang cukup unik dan luar biasa. Bagaimanapun, filem ini masih mengekalkan keaslian dan tema utama filem,” katanya pada sidang media filem Pontianak 200KG di Dadi Cinema, Pavilion Kuala Lumpur, baru-baru ini.



Mengulas cabaran sepanjang pembikinan naskhah yang menjalani penggambaran di sekitar Ijok, Selangor itu, Shuhaimi berkata, ada ketika mereka terpaksa menunda beberapa babak berikutan hujan lebat.

“Semasa penggambaran dijalankan, kawasan dilanda hujan, jadi ada masa kami perlu tangguh. Seingat saya itu sahaja cabaran dilalui. Selain itu, kebanyakannya termasuk dari segi pelakon tiada cabaran, semuanya memberi kerjasama baik.

“Lokasi Ijok, Selangor dipilih untuk memberikan latar tepat, sesuai dengan elemen seram komedi yang dihidupkan filem ini.

“Filem Pontianak 200KG adalah satu penanda aras buat saya untuk terus mengarah naskhah yang memberi hiburan dan manfaat kepada orang ramai,” katanya.



Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima & Primeworks Studios, Nini Yusof berkata, kerjasama menerbitkan naskhah berkenaan untuk merancakkan industri perfileman tanah air.

“Pontianak 200KG adalah hasil kerjasama menyeluruh antara PWS dan MIG, bertujuan memperkayakan lagi genre dalam industri perfileman Malaysia.

“Dengan membawa elemen seram komedi yang segar, kami bukan sahaja menawarkan pengalaman baharu menghiburkan kepada penonton, tetapi juga membuka peluang bagi bakat baharu untuk menyerlah dan berkembang dalam industri.

“Kami yakin usaha ini akan terus memacu perkembangan landskap perfileman tempatan,” katanya.



Pengarah Urusan MIG, David Teo menyifatkan kerjasama itu bakal mengukuhkan kedudukan filem dengan genre komedi seram di negara ini.

“Filem ini adalah bukti komitmen kami untuk terus menyajikan kandungan berkualiti tinggi sesuai untuk seisi keluarga.

“Kami berharap Pontianak 200KG akan mendapat sambutan hangat, seterusnya mengukuhkan lagi kedudukan filem komedi seram dalam industri perfileman tempatan,” katanya.

Pontianak 200KG mengisahkan Kampung Terbalik menjadi mangsa serangan Pontianak Melati dan Pontianak Mewangi yang mencari makanan kerana sentiasa kelaparan.



Keadaan menjadi lebih huru-hara apabila penduduk kampung menyangka mereka adalah pontianak yang menghisap darah menyebabkan ramai penduduk kampung tidak sedarkan diri. BH

Pontianak 200KG inspirasi sentuhan Mamat Khalid

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Kalau benar Fazura, Fattah bercerai…

Betty Banafe dakwa siasatan polis tak ikut SOP disangkal PDRM (Video)

Ramly Burger disanjung dalam The New York Times

Scha Al Yahya ‘menyala’ di Dubai Fashion Week

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker