EV kereta pakai buang?
EV kereta pakai buang?
MEMANG terpuji kumpulan cepat menerima perubahan atau terima pakai teknologi baharu. Mereka ini nampak selalu ke hadapan dengan inovasi terbaru. Mereka ada toleransi tinggi terhadap risiko penggunaan inovasi baharu.
Dalam teori komunikasi, kumpulan ini dipanggil adaptive, manakala yang jenis tunggu dan lihat sebelum terima wadah atau teknologi baharu dipanggil laggard.
Dari aspek penerimaan teknologi baharu umpamanya, saya boleh dikatakan dalam kumpulan laggard. Apabila ada model baharu telefon atau kereta umpamanya, saya akan guna model terbaru tetapi satu di belakang.
Begitu juga dengan kereta. Saya tidak beli kenderaan pelancaran baharu. Hanya selepas tiga atau empat tahun model baharu lancar, baharu saya akan beli kerana sudah tahu semua isu ‘tumbuh gigi’ dikaitkan dengan benda baharu sudah diselesaikan pengeluar.
EV trend terkini
Dalam dunia automotif, trend terkini adalah kereta elektrik (EV) yang selain kereta, ada juga dalam bentuk mikro mobiliti seperti motosikal dan skuter. EV dan kenderaan janaan fuel cell atau hidrogen sudah lama berlegar dalam dunia automotif.
EV tidak jadi topik serius pada 1997 ketika saya mula terbabit mengulas automotif. Dalam tempoh itu, ada beberapa pengeluar utama seperti Honda dan Toyota mengeluarkan kereta hibrid dilengkapi bateri dan enjin bakaran dalaman (ICE).
Ada beberapa kali dalam tempoh itu, kami ke Jepun untuk ‘rasa’ fuel cell, tetapi semuanya seperti Honda Insight, Civic Hibrid dan Toyota Prius umpamanya sekadar ada, kurang diterima meluas pengguna. Ramai takut dengan kos bateri mahal untuk diganti nanti.
EV tanda pemilik orang berada
Namun, sejak Model S Tesla dikeluarkan pada 2012 dan beberapa model lain selepasnya hingga kini, EV jadi fenomena terutama apabila dikaitkan ‘status kaya’ pemiliknya. Tiada EV berharga bawah RM100,000.
Malah sejak beberapa tahun lalu, ‘orang kebanyakan’ sudah berani masuk pasaran EV tentunya disebabkan jasa pengeluar China dengan kereta EV pada tanda harga lebih murah. Stesen pengecas EV juga semakin banyak.
Ya, EV semakin menampakkan kehadirannya di dunia, termasuk Malaysia. EV sering dipromosikan sebagai penyelesaian kepada isu pencemaran dan pergantungan kepada bahan api fosil.
EV kenderaan pakai buang
Namun, saya setuju beberapa pandangan bahawa bagi ‘orang kebanyakan’ bergantung kepada pasaran tukar beli, EV ‘kereta pakai buang’ adalah bahaya untuk mereka. Kumpulan T20 memang tiada masalah ‘buang’ EV mereka selepas beberapa tahun, tidak termasuk dalam perbincangan ini.
Istilah kereta pakai buang merujuk kepada kenderaan tidak direka untuk bertahan lama dan apabila hayatnya tamat, ia sukar diperbaiki atau dinaik taraf, menyebabkan pemilik terpaksa membeli kereta baharu. Dalam konteks EV, terdapat beberapa faktor menyumbang kepada situasi ini.
Pertama, hayat bateri yang terhad. Bateri menjadi komponen terpenting dalam EV. Walaupun teknologi bateri terus berkembang, kebanyakan bateri EV masih mempunyai jangka hayat terhad, biasanya sekitar lapan hingga 10 tahun.
Adakah EV benar-benar mesra alam?
Selepas itu, keupayaan bateri untuk menyimpan cas akan merosot secara signifikan, mengurangkan jarak pemanduan kenderaan berkenaan. Penggantian bateri bukan sahaja mahal, bahkan menimbulkan isu alam sekitar kerana proses pelupusan bateri rumit dan tidak mesra alam.
Kedua, kos penggantian komponen tinggi. Selain bateri, komponen seperti motor elektrik dan sistem elektronik kompleks dalam EV juga mempunyai kos penggantian tinggi.
Berbeza kereta konvensional boleh bertahan selama beberapa dekad dengan penyelenggaraan minimum, EV mungkin memerlukan penggantian komponen utama mahal selepas beberapa tahun hingga kurang ekonomik digunakan dalam jangka panjang.
Ketiga, keterbatasan infrastruktur penyokong. Di negara ini, infrastruktur sokongan untuk EV seperti stesen pengecasan masih peringkat awal pembangunan. Walaupun kerajaan berusaha memperluas rangkaian stesen pengecasan, masih terdapat kekangan, terutama di luar bandar. Ini menyebabkan pengguna EV terpaksa bergantung kepada pengecasan di rumah, mungkin memakan masa lama dan tidak praktikal untuk kegunaan harian.
Keempat, isu kitar semula dan pelupusan. Walaupun EV dikatakan lebih mesra alam ketika digunakan, kedua-dua isu ini menjadi cabaran besar. Bateri EV mengandungi bahan kimia berbahaya sukar dikitar semula. Tanpa penyelesaian jelas untuk kitar semula bateri EV, kenderaan ini mungkin menyumbang kepada masalah pencemaran pada masa akan datang, menjejaskan kelestarian sepatutnya menjadi keutamaan.
Ketika ini, semua EV di negara ini diimport sepenuhnya (CBU). EV dikecualikan daripada duti import hingga hujung tahun depan sebagai sebahagian insentif kerajaan menggalakkan penggunaannya.
PROTON, PERODUA rintis varian EV
Begitupun, selaras dasar kerajaan tiada EV di negara ini berharga di bawah RM100,000 untuk melindungi pengeluar automotif tempatan. Proton dan Perodua sudah memperkenalkan varian EV masing-masing dalam beberapa acara sebelum ini. Malah pada perarakan Hari Kebangsaan 2024 minggu lalu, model EV keluaran Proton, e.MAS 7 dipertontonkan kepada umum.
Dari segi populariti – BYD, Tesla dan BMW ketika ini menduduki tiga tempat teratas EV didaftarkan di negara ini dalam tempoh Januari 2020 hingga April tahun ini.
BYD di tempat pertama dengan menjual 4,308 unit atau 18.7 peratus diikuti Tesla Model 3 berharga atas jalan antara RM189,000 hingga RM218,000 sebanyak 2,740 (11.9 peratus), manakala BMW iX di tempat ketiga dengan 2,543 unit (11 peratus).
Kerajaan menyasarkan 10,000 stesen caj EV tersedia menjelang tahun depan dan sasaran 1,500 stesen caj arus terus (DC) menjelang tahun depan.
EV disasarkan mewakili 15 peratus TIV menjelang 2030
Malaysia mempunyai harapan tinggi terhadap EV disasarkan menguasai 15 peratus keseluruhan jualan kenderaan (TIV) menjelang 2030; 2040 (40 peratus) dan menjelang 2050 (80 peratus).
Adakah ini bermakna menjelang 2060 yang ada hanya EV? Filem cereka futuristik seperti See membayangkan apabila semua sudah beralih kepada EV, kerosakan alam berlaku menyebabkan kemusnahan fasiliti jana elektrik, sekali gus menyebabkan ketamadunan hampir lumpuh. Mungkinkah ini berlaku?
Walaupun EV menawarkan pelbagai manfaat, termasuk pengurangan pelepasan karbon dan penggunaan tenaga lebih efisien, isu dibangkitkan terutama kerosakan alam terjadi untuk mengeluarkan bateri lithium ion, adakah berbaloi kita katakan EV lebih mesra alam?
Justeru, adalah penting untuk pengeluar, kerajaan dan masyarakat bekerjasama dalam mencari jalan penyelesaian memastikan EV benar-benar menjadi kenderaan masa depan mampan dan mesra alam, bukan sekadar trend berakhir dengan lebih banyak masalah daripada kebaikan.
Justeru, tanpa penyelesaian holistik, EV sebagai ‘kereta pakai buang’ lebih merosakkan alam berbanding kebaikan. BH
EV kereta pakai buang
Baca Artikel Menarik:
- ‘Abang Bas’ direman, siapa nak hantar anak saya ke sekolah?
- Ambulans rempuh lori parkir tepi jalan, pemandu dan jururawat cedera parah
- Linda Onn kecewa deejay baharu tiada etika
- Padah pakai cincin pada kemaluan
- ‘Pensyarah dari syurga’ terima penghargaan Kesuma, Lim dijadikan anak angkat
- Nak makan, makan, tak makan sudah – Anwar
- Teresa Kok buat ‘U-TURN’, sokong persijilan halal
- Osama Yamani kena rotan semasa tinggal di Pengasih bersama Jamal
- Syamsul, Sarah, Ira – Antara cinta, air mata dan pembalasan
- Kaki Eina Azman bikin muntah?
- Reedzwann reda dengan pemergian Nuraisyatul
- ‘Tentera bawang’ buat malu negara
- Bukan mudah untuk BN menang PRK DUN Mahkota
- Kontrak kontraktor Dewan Selera MRSM Taiping ditamatkan dan bakal disaman – Asyraf Wajdi
- Saya bukan Puan Mira kantin, jangan serang saya
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Betty Banafe dakwa siasatan polis tak ikut SOP disangkal PDRM (Video)