Dolly pembancuh teh viral di tiktok kini dibayar RM40,000 sehari

Dolly Chaiwala

Baru-baru ini, tular sebuah video dua lelaki sedang menjalankan rakaman podcast dan bersembang mengenai Dolly Chaiwala, pembuat teh paling terkenal di India.

Dalam video yang dimuat naik oleh Abdul Karim, salah seorang lelaki tersebut mendakwa bahawa beliau cuba nak jemput Dolly datang ke Kuwait, tetapi syarat-syarat yang dikenakan betul-betul buat orang ramai tercengang.

Bayangkan, untuk sehari, Dolly Chaiwala caj sebanyak 2,500 dinar Kuwait (lebih kurang RM40,000) dan difahamkan bahawa bukan itu sahaja.

Peminat yang cuba menghubungi Dolly bertambah terkejut bila pengurus Dolly beritahu yang dia bukan kena bayar RM38,000 sahaja, tetapi kena tempah hotel bertaraf empat atau lima bintang untuk dua orang—ya, sebab Dolly nak bawa seorang lagi temannya.

Segala urusan ini diuruskan oleh pengurusnya sendiri, bukan Dolly.

Bayangkan, beliau terkenal sehingga mampu untuk lantik seorang pengurus untuk urus kehidupan dia dan nak tempah Dolly untuk sehari je dah macam tempah selebriti antarabangsa.

Dengan bayaran sebanyak RM40,000 memang akan timbul persoalan: apa yang istimewa sangat sampai kena bayar mahal? Walaupun Dolly Chaiwala dikenali sebagai personaliti media sosial yang popular, tak semua orang sanggup keluarkan duit sebegitu banyak untuk satu hari saja.

Bagi lelaki tersebut, caj begitu memang boleh buat dia fikir panjang. “Aku betul-betul persoalkan kewujudan aku sendiri,” kata dia dalam sesi podcast tersebut dengan nada masih terkejut dengan bayaran yang tak masuk akal ini.

Bayaran seperti ini bukanlah asing dalam dunia selebriti.

Banyak influencer dan personaliti media sosial meletakkan harga tinggi untuk penampilan mereka di acara tertentu, tetapi jumlah yang dikenakan Dolly Chaiwala ni memang buat ramai tertanya-tanya, berbaloi ke?

Namun, bagi mereka yang sanggup bayar, mungkin ada sesuatu yang dilihat sebagai “nilai” di sebalik kehadiran Dolly Chaiwala—sama ada dari segi pendedahan media atau tarikan populariti yang dia bawa. Vc

Dolly pembancuh teh viral di tiktok kini dibayar RM40,000 sehari

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kalau benar Fazura, Fattah bercerai…

Betty Banafe dakwa siasatan polis tak ikut SOP disangkal PDRM (Video)

Ramly Burger disanjung dalam The New York Times

Scha Al Yahya ‘menyala’ di Dubai Fashion Week

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker