Lelaki ‘lencun dikencing’ kekasih yang sudah bersuami

Seorang lelaki Sweden kecewa selepas dia menyerahkan wang sebanyak 359,000 baht (RM46,281) kepada seorang wanita Thailand yang berjanji untuk berkahwin dengannya, lapor laman berita Khaosod.

Wanita itu sebenarnya sudah berkahwin, manakala suaminya berkhidmat sebagai askar.

Mangsa berkata, dia berkenalan dengan wanita tempatan itu menerusi aplikasi temu janji pada 17 Jun lalu.



Menjelang Julai, wanita berkenaan memperdaya mangsa dengan berjanji untuk mengahwininya.

Wanita berkenaan kemudian meminta mangsa memindahkan wang sebanyak 359,000 baht untuk perbelanjaan perkahwinan mereka yang dirancang berlangsung pada Ogos lalu.

Lelaki tersebut kemudian memindahkan wang yang diminta menerusi akaun bank kerana cinta.

Selepas menyedari dirinya ditipu, mangsa membuat laporan polis berhubung kejadian itu. – AGENSI



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Gaduh isu ‘parking’, lelaki ditetak terima 35 jahitan



Individu ‘fake’ bertopengkan agama tak perlu dihormati

Puji betul-betul, jangan nak sakitkan hati saja



Mengalir air mata melihat takdir hidup Syamsul – Patimah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker