Betty Banafe dakwa siasatan polis tak ikut SOP disangkal PDRM (Video)

Betty Banafe dakwa siasatan polis tak ikut SOP disangkal PDRM (Video)

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyangkal dakwaan bahawa siasatan berkaitan 14 laporan polis dibuat keluarga penyanyi dan pelakon, Betty Banafe dijalankan tanpa mengikut prosedur operasi standard (SOP) sewajarnya.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf, berkata pihaknya mengambil maklum berhubung rasa ketidakpuasan hati yang disuarakan pelakon itu melalui satu hantaran di TikTok @bettybanafee, baru-baru ini.



Beliau berkata, melalui video terbabit dinyatakan JSJK gagal membuat siasatan terhadap 14 laporan polis yang dibuat oleh keluarga pelakon itu sejak dua tahun lalu.

“Berdasarkan semakan, 14 laporan polis itu dibuat oleh penama Shakib Abu Bakar Banafee (dipercayai adik kepada individu dalam video) dan empat penama lain yang berkaitan.

“Kesemua laporan polis tersebut disiasat dengan sewajarnya oleh pihak polis melalui dua kertas siasatan yang telah dibuka masing-masing di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan dan Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ramli berkata siasatan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan telah pun selesai dan kes telah diputuskan ‘tiada tindakan lanjut atau NFA oleh Jabatan Peguam Negara pada Jun lalu.



Keputusan itu, katanya diputuskan selepas didapati tiada keterangan yang mencukupi untuk menimbulkan elemen kesalahan pecah amanah dalam kes berkenaan.

“Siasatan kes ini malahan telah dirujuk dan disemak semula oleh pihak Peguamcara Negara pada Ogos 2024 dan keputusan NFA dikekalkan.

“Pegawai penyiasat juga telahpun mengemukakan pemberitahuan kepada pengadu dalam kes ini berkenaan keputusan siasatan kes itu,” katanya.

Bagi kes yang disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan pula, Ramli berkata siasatan bagi kes itu masih dijalankan.



“PDRM memberi jaminan siasatan yang adil dan telus akan dilaksanakan bagi memastikan prinsip undang-undang dan keadilan sentiasa dipelihara.

“Ingin ditegaskan, semua laporan polis yang diterima akan disiasat dengan sewajarnya tertakluk kepada peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa,” katanya.

Ramli berkata, siasatan yang dijalankan akan merangkumi keterangan serta bukti daripada pihak-pihak yang berkaitan termasuklah pengadu dan suspek.

“Adalah tidak wajar untuk melemparkan tuduhan negatif kepada pihak polis hanya disebabkan dapatan siasatan tidak berpihak kepada pengadu.



“Justeru, dakwaan yang dilemparkan oleh pemilik akaun TikTok @bettybanafee bahawa pihak polis tidak mempunyai SOP dalam siasatan adalah tidak benar sama sekali.

“Pihak PDRM menyangkal dakwaan tersebut dan menyifatkan ia sebagai tindakan yang tidak bertanggungjawab,” katanya.

Betty Banafe dakwa siasatan polis tak ikut SOP disangkal PDRM (Video)

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Gaduh isu ‘parking’, lelaki ditetak terima 35 jahitan

Individu ‘fake’ bertopengkan agama tak perlu dihormati



Puji betul-betul, jangan nak sakitkan hati saja

Mengalir air mata melihat takdir hidup Syamsul – Patimah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker