Bayi masih bertali pusat dibuang di belakang rumah di Kampung Sungai Bedal Kelantan

MACHANG – Seorang penduduk dikejutkan dengan penemuan bayi lelaki yang cukup sifat, masih bertali pusat dan bernyawa di belakang rumahnya di Kampung Sungai Bedal di sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Machang, Superintenden Ahmad Shafiki Hussin berkata, pada jam lebih kurang 10.45 pagi pihaknya menerima laporan berhubung penemuan bayi lelaki oleh seorang pengadu.

“Hasil siasatan awal mendapati suspek yang dipercayai melakukan perbuatan terbabit adalah anak angkat kepada pengadu.



“Pada Sabtu, pengadu memaklumkan suspek yang berusia 20-an itu dikatakan hanya berbaring di atas katil dalam keadaan kesakitan dengan alasan darah haidnya keluar banyak,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, suspek telah mengaku kepada pengadu bahawa bayi terbabit adalah anaknya yang baharu dilahirkan.

Ujarnya, bayi berkenaan telah diserahkan kepada Hospital Sultan Ismail Petra bagi mendapatkan rawatan selanjutnya.

Ahmad Shafiki memberitahu, kes tersebut disiasat bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Gaduh isu ‘parking’, lelaki ditetak terima 35 jahitan



Individu ‘fake’ bertopengkan agama tak perlu dihormati

Puji betul-betul, jangan nak sakitkan hati saja



Mengalir air mata melihat takdir hidup Syamsul – Patimah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker