Buaya masih bebas di Taman Tasik Shah Alam, PERHILITAN pantau rapat

 

KUALA LUMPUR: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Selangor sedang giat melakukan pemantauan di sekitar Tasik Seksyen 7, Shah Alam susulan kemunculan seekor buaya di kawasan berkenaan.

Ketua Pengarahnya, Wan Mohd Adib Wan Mohd Yusoh berkata setakat ini reptilia tersebut belum berjaya ditangkap dan pihaknya akan memasang perangkap.



Jelas beliau, PERHILITAN Selangor telah mula memantau lokasi kejadian sejak petang semalam.

“Hari ini kita mula berbincang dengan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mengenai langkah keselamatan yang perlu dilaksanakan.

“Hari ini ini juga kami pantau pergerakan buaya, pasang tape kesalamatan serta papan tanda amaran,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI, hari ini.

Mengulas lanjut, Wan Mohd Adib berkata seramai 15 anggota PERHILITAN Selangor telah dikerah ke lokasi kejadian, selain turut dihadiri oleh Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mohd Fauzi Mohd Yatim.



Terdahulu, MBSA dalam kenyataan di Facebook mengingatkan orang ramai agar berhati-hati ketika melakukan aktiviti di Tasik Shah Alam, Seksyen 7 susulan tular dakwaan kemunculan seekor buaya di tasik berkenaan pada Isnin.

Sebagai langkah keselamatan, MBSA turut memasang tali pengadang di sekitar kawasan Tasik Seksyen 7, Shah Alam.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

‘Tegur dengan baik, mereka ada darah keturunan rasul’

Zarina Anjoulie berani mati betul



Kecil macam siput sedut pun gatal nak jolok

Bayi ditemui peluk jasad ibu selama tiga hari



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker