Isu masalah teknikal MAS, apa dosa saya – Wee
Isu masalah teknikal MAS, apa dosa saya – Wee
Bekas Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, menegaskan hanya menyuarakan rintihan dan kegusaran pengguna Malaysia Airlines (MAS) dan orang awam, susulan beberapa insiden teknikal membabitkan syarikat penerbangan berkenaan.
Beliau berkata, dia langsung tidak berniat menuding jari dan mencari kesalahan termasuk kerajaan mahu pun mempersoal profesionalisme MAS dan Kumpulan Penerbangan Malaysia (MAG).
“Saya bangkitkan isu itu (isu teknikal pesawat MAS) dengan sebaiknya dan hanya meminta kerajaan dan Kementerian Pengangkutan menyiasat perkara itu dan membantu MAS, supaya kejadian sama tidak berulang lagi.
“Apa dosa saya bila sebut macam itu, kita hanya merayu dan menyeru, tetapi akhirnya saya pula dikatakan mencetuskan panik.
“Padahal penjelasan yang diberi Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, minggu lalu yang membuatkan rakyat Malaysia menjadi panik dan tergamam.
“Saya bersuara sebab pengguna MAS dan orang awam membuat aduan kepada saya minta suarakan kebimbangan mereka. Terimalah pandangan dan dengarlah komen rakyat.
“Saya tiada niat lain bila menyuarakan isu itu kerana saya juga kerap menggunakan perkhidmatan MAS.
“Apabila rakyat suarakan kegusaran mereka, segeralah ambil tindakan membetulkan keadaan kerana nyawa rakyat perlu diutamakan. Hendak marah saya, tak mengapa,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Sayap Pemuda dan Wanita MCA, di sini, hari ini.
Pada 26 Ogos lalu, Anthony Loke dilaporkan menggesa Wee supaya tidak membuat orang ramai panik susulan kritikannya terhadap isu teknikal pesawat MAS.
Anthony dilaporkan berkata, dakwaan Wee isu gangguan penerbangan yang dialami MAS menyebabkan berlakunya krisis keyakinan, sebagai kenyataan yang tidak seharusnya dibangkitkan.
Terdahulu, Wee dilaporkan berkata Anthony tidak sepatutnya membuatkan krisis keyakinan terhadap MAS berterusan kerana ia boleh menjejaskan reputasi negara dan berpotensi mengundang kerugian.
Ia susulan beberapa insiden yang membabitkan pesawat syarikat itu, termasuk kes terbaru pesawat dari Kuala Lumpur ke Shanghai berpatah balik susulan masalah tekanan kabin. HM
Isu masalah teknikal MAS, apa dosa saya – Wee
Baca Artikel Menarik:
- Operasi SAR mangsa tanah jerlus dihentikan – Nor Hisham
- Mata ini menangis dan hati ini bersedih – Isteri Da’i Syed
- Pemimpin PAS pertahan ada beg LV lepas dakwa ‘rakyat mati kelaparan’
- ‘Saya Wiwi Darvinda meminta maaf kepada Puteri Sarah’
- Pesakit psikiatri merajuk dimarahi, lari ke hutan
- Dengan memboikot dapatkah membantu Gaza, soal Duta AS
- Hadi sanggah kata-kata sendiri
- Hamidin dedah punca Pan Gon letak jawatan
- Patung Buddha rosak disyaki angkara pemain nombor ekor
- Kereta jatuh dalam tanah jerlus, 2 cedera
- Mayat bayi disimen bawah lantai, penyewa terakhir mengandung, lari sebulan lalu
- Abdullah Sani pertahan bawa pistol ke stadium
- Orang miskin nak duk mana – Anwar
- Saya tahu segala pergerakan mereka, guna aplikasi penjejak dalam telefon bimbit – KPN
- Ini satu pertuduhan yang mengarut – Dr Raduan Che Rose
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Nasib baik pesakit angkut tilam balik rumah, bukan nurse.