Raja Bomoh harus bertaubat – Menteri Agama

Raja Bomoh harus bertaubat – Menteri Agama

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berharap ‘Raja Bomoh’ atau nama sebenarnya, Ibrahim Mat Zin segera bertaubat dengan perbuatan beliau semalam.

Mohd Na’im berkata, beliau dan Jabatan Mufti beranggapan Ibrahim sudah tidak mahu berbuat demikian setelah menyatakan hasratnya untuk bertaubat.



“Kadang-kadang manusia tidak tahu kesilapan dia buat, jadi kita serahkan kepada berilmu dan Jabatan Mufti untuk menberikan nasihat kepada beliau.

“Semoga dengan nasihat yang diberikan oleh Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan nanti akan benar-benar berikan keinsafan kepada beliau. Itu harapan saya,” katanya dalam sidang media hari ini.

Mohd Na’im berkata demikian selepas menghadiri Konvensyen Madani bertemakan Ke arah Penghayatan dan Pembudayaan Nilai Dalam Era Digital tahun 2024 di pusat konvensyen Movenpick dan hotel, hari ini.

Awal hari ini, Mohd Na’im mengarahkan pejabat Mufti Wilayah Persekutuan memanggil Ibrahim dengan segera selepas ‘Raja Bomoh’ itu hadir di lokasi kejadian tanah jerlus membabitkan seorang individu warga India di Jalan Masjid India, semalam.



Arahan itu bagi membolehkan pejabat Mufti Wilayah Persekutuan memberikan nasihat tentang batas akidah dan iman serta tidak terjebak dalam amalan yang membawa kepada penghinaan kepada agama Islam.

Ibrahim pernah dipanggil pada 2017 dan telah didakwa di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan di bawah Seksyen 7(a) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 559) kerana kesalahan menghina Islam atau menyebabkan Islam dipandang hina.

Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan telah memerintahkan individu tersebut menjalani konsultasi akidah di bawah pengawasan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan mengikut Seksyen 129 Akta Tatacara Jenayah Syariah Wilayah-Wilayah Persekutuan 1997 (Akta 506).

Semalam, Ibrahim hadir ke lokasi kejadian untuk membantu mencari wanita warga India yang masih belum ditemui sehingga kini.



Beliau turut dilaporkan merenjis air ‘istimewa’ di sekitar lokasi berhampiran tempat Vijayaletchumy, 48, dari Kuppam, Andhra, India dilaporkan terjatuh. MG

Raja Bomoh harus bertaubat – Menteri Agama

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Jangan kasi paniklah, Ka Siong

Relakslah brother – Wee balas Loke isu Malaysia Airlines



Zarina pernah kena ramas, bukan nak buka aib

Sanusi rosakkan imej pegawai kerajaan – Firdaus



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker