Kereta jatuh dalam tanah jerlus, 2 cedera

Kereta jatuh dalam tanah jerlus, 2 cedera

SEOUL: Dua warga emas cedera selepas kereta mereka naiki terjatuh ke dalam tanah jerlus di barat Seoul, hari ini, lapor pihak berkuasa bomba.

Dalam kejadian jam 11.26 pagi (waktu tempatan), kenderaan yang menuju ke Jambatan Seongsan itu terbalik dan terjatuh ke dalam lubang besar di Seongsan-ro di Yeonhui-dong, Seodaemun-gu, barat laut Seoul.



Ketika kejadian, kenderaan itu dinaiki pemandu dan penumpang, masing-masing wanita berusia 70-an dan lelaki berumur 80-an yang mengalami cedera parah dan dibawa ke hospital untuk rawatan.

Insiden tanah jerlus itu mengakibatkan kesesakan lalu lintas dengan siasatan lanjut sedang dibuat bagi mengenal pasti punca kejadian. BH

Kereta jatuh dalam tanah jerlus, 2 cedera

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jangan kasi paniklah, Ka Siong

Relakslah brother – Wee balas Loke isu Malaysia Airlines



Zarina pernah kena ramas, bukan nak buka aib

Sanusi rosakkan imej pegawai kerajaan – Firdaus



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker